Rabu, 29 Julai 2009

THE ONLY COFFEE TOWN IN SABAH- pekan tenom




Pertama…saya ingin minta maaf kerana tidak mengemaskini blog saya yang berjanji pada bulan ogos yang bertajuk tenom, sabah…kali ini saya akan uploadkan apa yang saya tahu di tenom, kerana saya tinggal di sana dengan rakan –rakan yang terdiri daripada melayu, india, saya sendiri dan seorang iban lagi,kami aman damai hidup dalam cogan kata 1 malaysia, 1 rumah, pencapaian masing-masing cuba dulu…keadaan ini jarang akan terlihat di semenanjung…wahahaha
Tetapi, saya rindu masa pratikal di sekolah…walaupun sangat singkat, saya telah belajar banyak perkara, melihat persepsi atau watak yang sentiasa dibawakan oleh pelajar-pelajar, yang nakal, terpaksa menggunakan psiko untuk menasihatkan mereka, mereka bukan betul-betul jahat, cuma minta perhatian, saya tidak menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap mereka, cuma bagi contoh-contoh yang terdapat di masyarakat kini sebagai contoh kepada mereka, mereka ini bukannya tidak makan nasihat, cuma perlu bimbingan yang bagus, pendek kata, semakin nakal pelajar itu, semakin tinggi EQ mereka, mungkin di masa depan merekalah pemimpin negara.
Di sini saya tunjukkan sedikit sebanyak gambar pekan tenom, ia cumalah satu pekan biasa yang dihunikan oleh kebanyakkan orang murut, kalau cakap awek murut, semua saya boleh kata adalah cum (kata orang semenanjung), nak tahu yang special di sini? Ada…kopi tenom, keluaran FATT CHOI dan keluaran YIK HO, saya setiap hari mesti minum segelas sebelum masuk kelas, kata orang, tak kenal maka tak cinta, memang betul ini…rasanya betul-betul best, mungkin tanam di atas bukit,yang boleh melihat pokok kopi dilindungi oleh awam setiap awal pagi… rasanya tidak masam dan tidak rasa tersumbat semasa telan, inilah kopi O yang betul –betul wangi dan kau, malangnya, jika saya cuba minum di tempat lain jenama kopi keluaran sini, lain pula, tiada tahap yang saya mahu itu, alangkah bagusnya jika saya dapat minum di tempat asal saya,
Sampai akhir lagi cerita pendek saya dalam blog ini, hehehe, semua ini cumalah satu cebisan sejarah pendek di pekan tenom….

Selasa, 21 Julai 2009

SK PEKAN TENOM

PERHATIAN ! KEPADA MURID MURID TAHUN 5B DAN 5G YANG SAYA SAYANGI, SILA SEDIAKAN BARANG ATAU BAHAN UNTUK PENDIDIKAN SENI SEPERTI BERIKUT PADA MINGGU DEPAN (27 JULAI -31 JULAI 2009)


-KERTAS LUKISAN
-GAM
-GUNTING
-KERTAS WARNA
-PENSEL WARNA / KRAYON
Sesiapa yang yang melayari laman ini, sila beritahu rakan yang tiada komputer di rumah, akan diberkati tuhan kerana membuat perkara yang baik. BERKONSI ILMU, AMALAN KITA

Isnin, 13 Julai 2009

Maliau Basin (cont)




































...Bersambung dengan artikal Maliau Basin, pada awal pagi, kami telah berkumpul di depan kafe IPGM kampus keningau, mengumpulkan semua ahli-ahli yang lewat, sementara menunggu, saya mendapati rupa-rupanya kelas PSV kami ini, semua bersemangat tinggi, ada yang mengambil video, tangkap gambar sebagai kenangan dan sebagainya, yang saya pelik, kenapa semua orang kena bawa 3 botol 1.5 liter air dalam beg.

Setelah mendengar penjelasan daripada AJK yang sure heboh itu, alamak, kami kena bawa botol air sehingga balik ke kem utama dalam sepanjang 30 km itu, yang belum mengira jarak pergi ke air terjun lain.

Apabila semua bersiap sedia, kami menaiki bas catar yang murah, tanpa air corn, itu pun dah bersyukur...harapan saya cuma ada satu, selamat pergi dan selamat balik dari tempat yang didengari penuh pacat (brown leeds dan tiger leeds), ketua kelas kami, nama glamor dia ialah panjang...yang lucu ialah, penolong ketua kelas kami pula pendek dalam kelas...memang ngam..kata orang sabah...wahaha

Semasa sampai di pintu gerbang maliau, yang ada pendaftaran pelawat dan sebagainya, rupa-rupanya tempat ini di jumpai oleh jurukapal terbang british yang dipercayai kapal terbangnya terhempas di kawasan air terjun itu....sekitar tahun 40an, kalau tak silap...hehe...minta maaf kalau silap fakta, saya memang nak tulis artikel ini selepas rombongan ini,tapi, saya terpaksa kejar masa packing barang saya hantar ke tempat lain, naik kapal terbang balik kuching holiday, sampai di kuching pula, saya pula kena kejar sana sini untuk menguruskan dokumen kahwin dan sebagainya...sia-sia saja holiday saya...jika tiada aktiviti lain...hehehe...dalam hati saya artikal maliau basin mesti disempurnakan jikalau dibagi sedikit masa..

Dalam perjalanan hutan maliau itu, kami ternampak payau, ular tedung, kuching hutan, juga pacat-pacat yang disayangi...wahaha...roomate saya, dialah orang yang puas dihisap darah stoking bola dia...saya tengok dia pun kasihan,sebab tugas dia pada lawatan itu,bukan senang lenang jalan saje,dia kena cari bahan dengan menangkap gambar untuk kami semua, yang tidak akan dijumpai di kawasan lain, yang peliknya...takkan dia tak perasaan di kena gigit pacat dalam stocking pun tak tahu pula...saya pula berhati -hati sepanjang jalan sampai kem utama, saya adalah jenis orang yang takut pacat juga...heheh...betul ini...

Ada juga yang kekejangan kaki,bagi yang member gemuk sahaja,sebab kurang makan garam...betul juga jawapan setelah disoal...yang paling hebat adalah KJ kami, orangnya nampak muda 40an...tapi umur sudah cecah setengah abad...masih suka membuat aktiviti lasak sperti hiking dan sebagainya...apa boleh buat...tujuan dia adalah satu, mahu menikmati alam sekitar dan mendidik kami yang berlaian kaum dan agama...secara tidak formal...nasib baik saya dapat mengikut kumpulan KJ, sempat juga saya dapat mendengar syarahan dia semasa dalam hutan waktu malam..yang tidak dapat hadir...sangkut di atas bukit...ataupun dating perlahan-lahan...sorrylah...banyak tips sudah dapat....wahaha...

Itu saja dapat saya katakan kali ini...ada tempat yang kurang ataupun silap....minta maaf banyak-banyak...hehe