Isnin, 13 Januari 2020

Format Karangan- Catatan


Kamu telah dipilih untuk mewakili sekolah kamu dalam pertandingan syarahan. Tulis sebuah catatan harian untuk lima hari dan hari terpilih sehingga hari pertandingan.




Rabu 24 September 2016
Semasa waktu rehat, Cikgu Chiam memanggilku ke bilik Bahasa Melayu. Semasa aku melangkah masuk, aku telah diberitahu aku dipilih untuk menyertai pertandingan syarahan yang akan diadakan di SJK Apong Jaya. Cikgu Chiam menghulurkan teks untuk dihafal.

Khamis 25 September 2016
Pada awal pagi di sekolah, aku dipanggil berjumpa dengan Cikgu Chiam. Aku berjaya menghafal separuh daripada teks syarahan. Cikgu Chiam telah memujiku kerana berjaya menyampaikan syarahan dengan baik.

Jumaat 26 September 2016
Hari ini aku bangun lewat sedikit. Aku tergesa-gesa ke sekolah. Nasibku sangat malang hari ini kerana tidak bawa buku ke sekolah. Aku telah dedenda dan rasa sangat malu. Pada waktu malam, aku telah berjaya  menghafal keseluruhan teks.

Sabtu 27 September 2016
Hari pertandingan semakin dekat. Hatiku mula berdebar-debar. Namun, teringat pesanan cikgu di sekolah. Aku berasa yakin semula.

Isnin 29 September 2016
Tibalah hari yang mengerunkan. Setelah bersiap, aku terus ke sekolah. Cikgu Chiam telah sedia menunggu. Kami ke tempat pertandingan.
     Setelah pertandingan tamat, keputusan diumumkan. Aku telah dinobatkan sebagai johan dan akan wakil ke peringkat negeri. Aku berasa sungguh  gembira.

Selasa, 7 Januari 2020

Akibat Tidak Mendengar Nasihat


Tik…tok…tik…tok…, jam dinding di ruang tamu menunjukkan pukul 8:30 pagi. Aku bersarapan mi goreng dan secawan milo. Aku membantu ibu membuat kerja pembersihan rumah pada pagi itu.
      Semasa membuat pembersihan, terdengar orang memanggil namaku. Aku segera membuka pintu rumahku. Rupa-rupanya Ali dan Hassan yang datang. Mereka mengajak aku pergi  menangkap ikan di sungai di belakang rumah. Aku melarang  mereka menangkap ikan di sungai itu kerana terdapat banyak ular berdekatan. Tetapi mereka tidak mendengar nasihatku.

      Selepas itu, mereka terus berlalu dari rumahku menuju ke kawasan sungai. Dalam fikiran aku terbayang kegirangan menangkap ikan besar serta udang yang banyak.
      Tanpa membuang masa, aku menyelesaikan kerja sekolah. Aku juga menyiapkan kerja rumah seperti menyidai baju dan melipat baju yang telah kering.
       Tiba-tiba, aku terdengar percakapan orang dewasa yang melalui rumahku. Suara tersebut adalah Pak Mat, iaitu Ketua Kampung kami. Ak uterus berlari ke kawasan sungai itu. Aku melihat Ali memapah Hassan. Muka Hassan sangat pucat dan tidak bermaya, kesakitan akibat digigit ular.
       Pak Mat menghantar Hassan ke hospital dengan segera. Menurut perbualan dengan Pak Mat pada keesokkan hari, Hassan telah insaf akan kesalahan diri dan berjanji tidak akan melakukan lagi. Itu akibatnya tidak mendengar nasihat.

Sabtu, 4 Januari 2020

Kemahiran Menggunakan Komputer


             

         Pada masa kini, kemahiran dalam penggunaan komputer semakin diperlukan untuk menghadapi kemajuan negara. Murid-murid haruslah didedahkan kepada dunia komputer sejak kecil lagi.

         Apabila mahir menggunakan komputer, murid-murid dapat melakukan tugasan dengan tepat dan mudah. Sebagai contoh, banyak tugasan seperti menaip, melukis grafik dan penyediaan laporan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Mereka dapat menjimatkan masa pembelajaran sama ada di rumah mahupun di sekolah.
       Selain itu, murid-murid yang mahir dalam penggunaan komputer  akan dapat melayari internet untuk memperolehi bahan-bahan rujukan bagi menyelesaikan tugasan pelajaran yang diberikan oleh guru. Rujukan itu dapat digunakan dalam pembelajaran di kelas dan secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi akademik  mereka.
        Di samping itu, komputer yang mempunyai talian internet juga boleh digunakan sebagai alat komunikasi. Seseorang tu dapat berhubung dan menukar maklumat dengan rakan-rakan walaupun mereka berjauhan.
       Komputer juga boleh diprogramkan untuk mempelajar pelbagai bahasa. Murid-murid boleh mendapatkan maklumat tentang makna perkataan dan penggunaan ayat dengan lebih cepat. Oleh itu, penulisan karangan murid akan menjadi mantap dengan penggunaan kosa kata yang meluas.
        Kesimpulannya, penggunaan komputer amat penting kerana dapat membentuk menusia menggunakan maklumat secara tepat dan mudah. Mereka perlu menjadi generasi yang celik komputer.