Kata Hubung |
Penggunaan |
Ayat Contoh |
Dan |
Untuk menggabungkan subjek dengan subjek,objek dengan
objek,ayat dengan ayat yang setara |
Meng Kiat dan Tian Kee belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan
(Cina) Ik Hai. |
Atau |
Untuk menunjukkan pilihan |
Kamu hendak minum atau makan nasi? |
tetapi |
Untuk menunjukkan sesuatu yang berlainan atau
bertentangan |
Tok Mat miskin tetapi murah hati. |
Kecuali |
Untuk menunjukkan pengecualian |
Kedai buku itu dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. |
lalu |
Untuk menggabungkan dua perkara yang berlaku
berturut-turut |
Chai Ee membuka pintu peti sejuk lalu minum air jus. |
Apabila |
Unruk menunjukkan masa |
Murid-muird senyap apabila guru disiplin melalui kelas mereka. |
manakala |
Untuk menunjukkan perkara yang berlainan |
Adik suka makan KFC manakala kakaknya suka makan nasi penyet. |
sambil |
Untuk menunjukkan perkara yang dilakukan pada masa yang
sama |
Kerana itu mendengar telefon sambil mencatat maklumat. |
Supaya/agar |
Untuk menyatakan tujuan |
Rumah kami dicat semula supaya kelihatan cantik |
Jika/jikalau/kalua/sekiranya |
Untuk menyatakan syarat |
Saya akan pergi melancong jika ada peluang. |
Hingga/sehingga/sampai |
Untuk mentakan had sesuatu |
Budak itu menangis sehingga serak suaranya. |
kerana |
Untuk menyatakan sebab |
Encik Tan menunggang motosikal ke pejabat hari ini kerana
keretanya rosak. |
Walaupun/sungguhpun |
Untuk menunjukkan sesuatu yang tidak setara |
Walaupun cuaca tidak baik, Pan Man tetap pergi ke laut |
serta |
Untuk menyatakan sesuatu yang turut Bersama-sama |
452 orang guru serta empat guru besar dijemput menghadiri
seminar itu. |
Sebelum/selepas |
Untuk menunjukkan masa melakukan sesuatu |
Saya menutup makanan di atas meja selepas makan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan