Bahagian C: Cara Menulis Karangan

Apa itu bahagian C dalam UPSR BM ?


1. Bahagian C diadakan untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam aspek menulis karangan berformat dan tidak berformat berdasarkan soalan yang diberikan.

2. Murid perlu menghasilkan penulisan kreatif jenis imaginatif dan deskriptif menggunakan bahasa yang menarik dengan betul.

3. Masa yang dicadangkan untuk Bahagian ini ialah 35 minit.

4. Dalam bahagian ini, Murid diberi 2 pilihan soalan. Murid perlu memilih  satu soalan yang benar-benar yakin boleh / benar dikuasai sebelum mula menulis.

5. Murid harus membaca soalan dengan teliti dan fahamkan kehendak soalan.

6. Isi-isi penting perlu disusun mengikut kepentingan, isi yang paling penting mestilah didahulukan.

7. Kembangkan isi dalam bentuk perenggan dengan ayat dan cerita yang menarik

8. Jangan tulis isi-isi secara meleret-leret dan tidak dapat diterima.

9. Penutup yang baik adalah penutup yang terkandung kesimpulan tentang keseluruhan karangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan