Perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang berbentuk perbandingan
dan umumnya berunsur pengajaran.
Lazimnya didahului kata seperti bagai,bagaimana dan seperti.
Perumpamaan |
Maksud |
Air dicincang
tidak akan putus |
Pergaduhan
antara adik-beradik tidak akan berpanjangan. |
Bagai dihiris
dengan sembilu |
Perasaan yang
dihiris,tersangat pedih |
Bagai aur
dengan tebing |
Orang yang
suka tolong-menolong |
Bagai duri
dalam daging |
Hal yang
selalu menyakitkan hati dan sentiasa teringat dalam fikiran |
Bagai ayam
disambar helang |
Orang yang
hilang dengan tiba-tiba |
Bagai embun
di hujung rumput |
Kasih sayang
yang tidak kekal |
Bagai balak
terendam |
Orang gemuk
yang pemalas |
Bagai bertepuk
sebelah tangan |
Kasih yang
tidak berbalas |
Bagai enau dalam
belukar,melepaskan pucuk masing-masing |
Orang yang
mementingkan diri sendiri |
Bagai bulan
dipagar bintang |
Seseorang gadis
yang cantik akan bertambah cantik apabila dikelilingi gadis-gadis yang cantik
juga |
Bagai gagak
menggongong telur |
Perempuan hodoh
yang berpakaian cantik |
Bagai bulan
jatuh ke riba |
Mendapat sesuatu
yang berharga dengan tidak disangka-sangka |
Bagai galah
di tengah arus |
Berkeluh kesah
kerana sentiasa susah hati |
Bagai bulan
purnama |
Sesorang gadis
yang sangat cantik |
Bagai dakwat
dengan kertas |
Sangat rapat |
Bagai itik
pulang petang |
Berjalan dengan
sangat perlahan |
Bagai kaca
terhempas ke batu |
Terlalu
kecewa |
Bagai kambing
diseret ke air |
Malas dan
enggan membuat kerja walaupun disuruh |
Bagai mencurah
air ke daun keladi |
Sia-sia
memberi nasihat kepada orang yang tidak mahu mendengarnya |
Bagai kelip-kelip
terbang malam |
Hendak menyembunyikan
rahsia yang tidak dapat ditutup |
Bagai mendukung
biawak hidup |
Sengaja membuat
sesuatu yang menyusahkan diri sendiri |
Bagai kera
mendapat bunga |
Orang yang
mendapat sesuatu tetapi tidak tahu menggunakan atau menghargainya |
Bagai sirih
pulang ke gagang |
Sesuai pada
tempatnya |
Bagai kucing
kehilangan anak |
Keadaan seseorang yang tidak tentu atau bingung |
Bagai telur
di hujung tanduk |
Kedudukan atau
keadaan yang meruncing |
Bagai kumbang
putus tali |
Lari dengan
pantas apabila terlepas dari kesusahan |
Bagai tikus
membaiki labu |
Seseorang yang
cuba membaiki sesuatu benda yang tidak diketahuinya,akibatnya bend aitu rosak
binasa |
Bagai menatang
minyak yang penuh |
Orang yang
memelihara anak dengan penuh kasih sayang |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan