Jumaat, 27 November 2020

Ibuku

 Ibu,

Setiap detik nafasmu,

Adalah suatu pengorbanan,

Berusaha dengan kepayahan,

Tidak mengira siang atau malam,

Membaiki taraf kehidupan,

Demi membela nasib keluarga.

Ibu,

Demi anak-anak tersayang,

Kau rela berhempas pulas,

Disebabkan kelaparan,

Atau tertinggal dalam pelajaran.

Ibu,

Keyakinanmu amat kuat,

Untuk mengubah nasib,

Pada suatu hari nanti,

Dari mendung kepada cerah,

Dalam membesarkan anak-anak,

Agar berjaya ke Menara Gading,

Menjadi insan mulia,

Dihormati masyarakat,

Terima kasih wahai ibu

Isnin, 23 November 2020

Menabung Menjamin Masa Depan

       Wang atau duit digunakan untuk membeli serta mendapatkan makanan, minuman, barang-barang keperluan harian dan banyak lagi. Menyimpan wang atau menabung satu amalan yang baik demi menjamin masa depan yang lebih cerah.

      Terdapat pelbagai cara yang boleh menggalakkan kita menabung. Antaranya ialah membawa bekal ke sekolah, mengadakan pertandingan menyimpan wang, membeli tabung simpanan yang tidak boleh dibuka supaya kita tidak boleh mengeluarkan wang sehingglah tabung itu penuh. Mintalah ibu bapa menyimpan wang ke dalam bank apabila tabung sudah penuh.


      Amalan menabung melatih kita supaya kita tidak menghabiskan semua wang saku dalam satu masa. Kita harus berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan sahaja.

     Jika kita menabung wang setiap hari,apabila dewasa dan memerlukan wang untuk menampung pelajaran, kita tidak perlu membebankan  ibu bapa lagi. Kita  juga boleh membeli sesuatu  yang dihajati dengan wang simpanan sendiri. Contohnya membeli buku rujukan, peralatan sekolah dan basikal.

     Jadi, pupuklah sikap menabung sejak di sekolah rendah lagi. Bak kata pepatah,' sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit'.