Pada bulan ini, tiada topik yang sesuai...dalam hati, ada satu perkara yang mesti dibuat sebelum sesal, iaitu berterima kasih kepada sekolah sk pekan tenom, khasnya kepada guru besar, Puan Dayang, Penolong kanan, iaitu puan Asiah serta PK HEM Puan Martha, guru Pembimbing saya encik Ridon Emot serta guru-guru yang berpengalaman, dan kepada para pelajar yang saya amat sayangi walaupun ada masa mereka nakal sikit, ini tidak penting, memang sifat asal yang ada pada setiap kank-kanak..saya juga begitu pada masa kanak-kanak...
sepanjang masa di sekolah ini, saya boleh merasai keharmonian yang amat sangat di sekolah ini, sekolah lain saya tidak tahu, mungkin sama juga, atau lain pula, hati saya sedih semasa hari terakhir bersama guru-guru dan anak murid saya, hubungan ini bukan terjalin pada masa yang singkat tettapi ia memerlukan masa yang panjang, tanpa disedari, ia terserap dalam hati saya mengikut detikan masa.
apa yang berlaku telah berlaku, saya tiadak dapat mendapat balik masa yang saya curahkan kepada sekolah, semua sudah menjadi lipatan sejarah dalam hati dan ingatan sahaja, yang penting, saya doakan semoga anak-anak murid sk pekan tenom dapat memberi sumbangan kepada pekan tenom dan sekitarnya dalam pembangunan dan juga bidang lain.....