Terdapat banyak pokok buluh di negara kita. Pokok buluh
mudah hidup terutamanya di tebing sungai. Pokok buluh mempunyai batang yang
lurus dan mempunyai ruas. Daun pokok buluh pula berbentuk tirus.
Pokok buluh mempunyai
banyak kegunaan. Batang buluh boleh dibuat pelbagai jenis barang. Pada zaman
dahulu, batang-batang buluh yang diikat rapat boleh digunakan untuk dibuat
rakit. Rakit digunakan sebagai alat pengangkutan di sungai.
Batang buluh
yang dibelah kecil-kecil dan diraut panjang boleh dibuat bubu. Buluh yang telah
siap diraut rapat-rapat dengan berukur lilit bulat dan berbentuk bujur. Bubu
boleh digunakan untuk memerangkap ikan di sungai.
Batang buluh
juga boleh dibuat perabot seperti kerusi, meja dan barang-barang perhiasan.
Barang-barang yang diperbuat daripada buluh juga boleh dijual kepada
pelancong-pelancong untuk dijadikan
sebagai cenderahati. Buluh juga boleh dijadikan alatan muzik seperti
angklung dan seruling.
Selain itu, ruas
tengah buluh yang ditebuk boleh dibuat sarung lemang. Lemang merupakan pulut
yang dimasak bersama santan di dalam buluh. Rebung buluh tumbuh sebagai anak
sulur pokok buluh. Rebung ini boleh
dimakan dan sedap apabila dimasak lemak cili api.
Perkataan buluh
juga terdapat dalam pepatah Melayu iaitu,
“ Melentur buluh biarlah daripada
rebungnya”. Pokok buluh merupakan pokok serbaguna.
Sumber asli daripada
pelangi tunas