Ahad, 3 November 2019

Percutian yang menyeronokkan


         
         Datuk membawa kami bercuti di Sabah. Semasa sampai di sana, kami pun mendaftar masuk di hotel penginapan, kami beristirahat di bilik kerana telah telah perjalanan yang jauh dengan kereta Proton Preve dari Miri.
        Pada sebelah malam, kami menjamu selera di sekitar Kota Kinabalu yang terkenal dengan masakan lauk yang lazat. Selepas makan, datuk pun membawa kami berjalan-jalan sekitar sambal mengambil angin malam di 1 Borneo.
        Hari kedua di Kundasang, kami makan angin di puncak itu. Pengalaman di sana  sungguh menyeronokkan. Udara di atas puncak sungguh dingin, mungkin disebabkan baru lepas hujan. Dari puncak di atas, kami melihat panaroma  yang menghijau dan pandangan bukit-bukau.
       Selepas itu, kami melawat ke Muzium Orang Murut. Di dalam muzium tersebut, terdapat pelbagai karakter yang disukai orang ramai. Saya tidak melepaskan peluang ini untuk bergambar di dalam muzium itu.
          Pada keesokkan harinya,kami pun berkelah di pantai Tanjung Aru yang mempunyai pantai yang cantic dan bersih. Selepas berkunjung, kami berkemas dan daftar keluar dari hotel.
           Sebelum pulang, datuk singgah untuk membeli cenderamata sebagai oleh-oleh untuk dibawa pulang ke Miri. Saya berasa sangat seronok dalam percutian ini.