7.00pagi
Kami
memulakan perjalanan ke kampung. Semasa dalam perjalanan, kami melihat
pemandangan indah. Kami berasa gembira dan kagum akan keunikan di daerah kecil
ini.
8.10 pagi
Kami telah
sampai di Kampung Perikanan. Terdapat pelbagai jenis ikan-ikan masin yang
sedang dijemur di bawah matahari. Kami sempat menyaksikan kepulangan kapal ikan
yang penuh dengan muatan tangkapan.
11.00 pagi
Kami
melawat ke Pantai Ikan Duyung. Pantai ini terkenal dengan pemandangan yang
cantik. Kami terpegun kerana pasirnya halus dan bersinar. Di sini juga
disediakan kemudahan seperti calet dan gerai-gerai makanan untuk para pelancong seperti kami.
Kami juga melihat orang awan bermandi manda di pantai ini.
1230 tengah hari
Kami singgah
di pusat Air Hitam yang penuh dengan penjualan barangay kraf tangan. Kami
berpeluang melihat proses menghasilkan pasu bunga yang jarang terdapat di
tempat kami.
1.30 petang
Kami ke Pasar
Besar Air Hitam. Kami terkejut melihat penjualan makanan enak oleh pengerai.
Pelbagai makanan sedap telah dijual di sini. Antaranya termasuk mee jawa,
laksa, nasi goreng dan kuih-muih. Harga pula murah jika dibandingkan dengan
tempat lain.
2.00 petang
Selepas makan
tengah hari, kami bertolak pulang. Kami berasa gembira dengan kunjungan ini.
Pelbagai kenangan manis kami perolah semasa ke kampung yang unik ini.