Jumaat, 8 November 2019

Berita


KAJANG, Sabtu – Keseronokan seorang remaja mandi-manda bersama rakan-rakannya musnah apabila dia hampir mati lemas di Air Terjun Sungai Tekala, dekat sini, hari ini.
       Dalam kejadian kira-kira pukul dua petang itu, remaja berumur 14 tahun itu dikatakan mandi di kawasan yang dilarang oleh pihak pengurusan.
       Jurucakap polis berkata, mangsa yang tinggal di Bangi itu pergi ke Kawasan perkelahan itu bersama  beberapa orang rakannya untuk mandi-manda kira-kira pukul satu petang.
       “Beberapa minit kemudian, tiba-tiba  tangan mangsa dilihat terkapai-kapai di permukaan air dan rakan mangsa cemas melihat keadaan itu.”
        “ Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berturut berada di Kawasan itu,” katanya lagi. Mangsa kemudia dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan lanjut selepas diberi rawatan kecemasan oleh orang awam.
          Pihak polis turut menasihati orang awam yang ingin mandi-manda atau berkelah di kawasan  tersebut supaya menjaga keselamatan diri dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.


Petikan dipetik daripada gemilang publishing untuk tujuan pembelajaran