KAJANG, Sabtu – Keseronokan seorang remaja
mandi-manda bersama rakan-rakannya musnah apabila dia hampir mati lemas di
Air Terjun Sungai Tekala, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian
kira-kira pukul dua petang itu, remaja berumur 14 tahun itu dikatakan mandi di kawasan
yang dilarang oleh pihak pengurusan.
Jurucakap polis
berkata, mangsa yang tinggal di Bangi itu pergi ke Kawasan perkelahan itu
bersama beberapa orang rakannya untuk
mandi-manda kira-kira pukul satu petang.
“Beberapa minit
kemudian, tiba-tiba tangan mangsa
dilihat terkapai-kapai di permukaan air dan rakan mangsa cemas melihat keadaan
itu.”
“ Mangsa
bagaimanapun bernasib baik kerana berjaya diselamatkan oleh orang awam yang
berturut berada di Kawasan itu,” katanya lagi. Mangsa kemudia dihantar ke
Hospital Kajang untuk menerima rawatan lanjut selepas diberi rawatan kecemasan
oleh orang awam.
Pihak polis
turut menasihati orang awam yang ingin mandi-manda atau berkelah di
kawasan tersebut supaya menjaga
keselamatan diri dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak
pengurusan.
Petikan dipetik daripada gemilang publishing untuk tujuan
pembelajaran