Tulis karangan tentang seorang tokoh negara yang kamu
kagumi.
Setiap orang
Malaysia mempunyai tokoh negara yang dikagumi, begitu juga dengan saya. Tokoh
yang saya kagumi ialah Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau dilahirkan pada 20
Disember 1925 di sebuah rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak,
Alor Setar, Kedah.
Semasa
kecil, Beliau mendapat Pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak. Beliau
telah mendapat pendidikan akhir di bidang perubatan di Universiti Malaya pada
tahun 1953. Selepas itu, beliau bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital
Besar, Alor Setar.
Beliau sangat
gemar membaca dan menulis buku. Semasa dalam bidang perubatan. Beliau telah
menggunakan nama pena C.H.DET. Buku yang terkenal ialah Dilema Melayu telah
dihasilkan oleh beliau pada tahun 1970.
Pada tahun
1964, beliau sangat aktif dalam bidang politik. Beliau telah mendapat
kepercayaan pemimpin untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan. Beliau
telah dilantik sebagai Perdana Menteri keempat pada 16 Julai 1981 untuk
menggantikkan Tun Hussein Onn.
Setelah 22
tahun berkhidmat , jawatan beliau telah diambil alih oleh Tun Abdullah Ahmad
Badawi. Untuk mengenang jasa-jasanya. Beliau telah digelar sebagai Bapa
Pemodenan Malaysia. Rakyat sangat menghargai beliau kerana berjaya menjadi
Malaysia sebagai negara pesat berkembang.
Selepas
bersara, Beliau menghabiskan masa dengan membaca, menulis dan memberikan
ceramah.