Kamus ialah
sebuah buku yang mengandungi kata-kata yang disusun dengan keterangan ayat. Murid digalakkan mempunyai
kamus yang lengkap erti penuh dengan maklumat kerana kamus banyak memberikan faedah.
Pada masa kini, kamus dapat diperoleh
dalam pelbagai variasi eletronik yag mudah dibawa dan digunakan. Kini, terdapat
banyak apps boleh dimuat turun melalui telefon bimbit masing-masing di
mana-manu jua. Inii sedikit sebanyak
dapat membantu murid belajar dengan lebih berkesan di pelusuk dunia.
Sebagai seorang murid, kamus seharusnya
dijadikan teman sejati. Kamus berperanan penting untuk membantu murdi berusaha
memperkaya kosa kata dan tatabahasa. Hal ini memudahkan pemahaman murid mengenali
sesuatu kata yang sukar difahami.
Selain itu, kamus juga dapat membantu
murid mengetahui golongan kata-kata dengan mudah. Kamus juga mempunyai maklumat
tersirat dan tersurat mengenai asal- usul kata khususnya bahasa pinjaman yang
diguna secara meluas dalam bahasa melayu.
Kini, banyak kamus yang meliputi pelbagai
bidang seperti istilah sains,teknologi maklumat, sejarah, geogarfi dan
sebagainya. Kamus inilah dapat memenuhi keperluan dalam pembelajaran. Justeru,
kamus dapat memenuhi keperluan untuk mengetahui ejaan sebutan secara lebih
tepat.
Kesimpulanannya, kamus sangat penting
kepada semua murid. Penggunaan kamus secara meluas akan memberi kesan mendalam
dengan memudahkan murid meneroka pelbagai bidang ilmu di sekolah