Saya sebuah komputer riba bernama Axer. Badan saya
diperbuat daripada aluminium, kaca, besi
dan plastik. Saya dibina dengan menggunakan teknologi Jepun tetapi dipasang di
Penang. Setelah siap dipasang, saya telah diuji oleh pakar-pakar sebelum
dibungkus dan dihantar ke tempat lain.
Setelah
dibungkus, sebuah van telah membawa saya dan rakan-rakan yang lain ke sebuah
kedai komputer di Selangor. Apabila sampai di kedai komputer, saya disimpan dan
dipamer di atas meja, di sana ada banyak rakan saya yang lain.
Suatu hari,
saya dikeluarkan daripada meja pameran dan ditunjukkan kepada seorang lelaki.
Lelaki itu terterik oleh reka bentuk dan ciri-ciri saya. Setelah diuji
terperinci, lelaki itu telah setuju membeli saya.
Setiap hari,
saya dibawa ke mana-mana saja oleh tuan saya. Saya digunakan untuk menulis
nota, melayari internet dan menyimpan data. Saya berasa bangga kerana sering
dipuji oleh rakan-rakannya.
Akan tetapi,
sepanjang saya bersamanya, kadang-kadang saya sakit dan tuan tidak membuat
apa-apa dengan saya. Tuan saya terus menghantar saya ke kedai komputer untuk
dibaiki.
Kini, tuan
saya telah menjadi peniaga yang berjaya. Tuan saya bekerja di syarikat
persendirian yang mempunyai ratusan pekerja-pekerja. Walaubagaimanapun, saya
jarang digunakan tetapi saya tetap bangga kerana pernah berkhidmat dengannya.