Wang atau duit digunakan untuk membeli serta mendapatkan makanan, minuman, barang-barang keperluan harian dan banyak lagi. Menyimpan wang atau menabung satu amalan yang baik demi menjamin masa depan yang lebih cerah.
Terdapat pelbagai cara yang boleh menggalakkan kita menabung. Antaranya ialah membawa bekal ke sekolah, mengadakan pertandingan menyimpan wang, membeli tabung simpanan yang tidak boleh dibuka supaya kita tidak boleh mengeluarkan wang sehingglah tabung itu penuh. Mintalah ibu bapa menyimpan wang ke dalam bank apabila tabung sudah penuh.
Amalan menabung melatih kita supaya kita tidak menghabiskan semua wang saku dalam satu masa. Kita harus berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan sahaja.
Jika kita menabung wang setiap hari,apabila dewasa dan memerlukan wang untuk menampung pelajaran, kita tidak perlu membebankan ibu bapa lagi. Kita juga boleh membeli sesuatu yang dihajati dengan wang simpanan sendiri. Contohnya membeli buku rujukan, peralatan sekolah dan basikal.
Jadi, pupuklah sikap menabung sejak di sekolah rendah lagi. Bak kata pepatah,' sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit'.