Sektor
perfileman merupakan salah satu daripada factor-faktor yang menyumbangkan
kepada ekonomi negara lain selain daripada sektor perindustrian seperti
perkilangan,pertanian dan pelancongan. Walaupun sumbangannya tidaklah begitu
besar kepada ekonomi negara, namun ia merupakan sesuatu yang amat bernilai dan
penting bagi pencinta-pencintaseni perfileman, para karyawan dan peminat-peminat
filem. Sekarang ini, sektor perfileman negara kita masih lagi berada di takuk
yang lama dan berada pada tahap yang ke bawah. Ini berpunca daripada kemasukan filem-filem
asing ke negara ini yang lebih mendapat sambutan berbanding filem-filem
tempatan. Antara filem-filem asing yang mendapat sambutan ialah filem-filem
Hidustan,Inggeris ,China dan Jepun.
Selain itu,
punca yang menyebabkan filem-filem ing lebih mendapat sambutan berbanding filem
tempatan sendiri ialah jalan cerita yang dipaparkan adalah terhad. Filem Jepun
atau filem negara asing mempunyai unsur kepada seram yang mana jalan ceritanya
boleh mempengaruhi serta memberi kesan mendalam terhadap penonton.
Punca kedua
ialah aset utama sesebuah filem itu juga bergantung kepada pemilihan
pelakon-pelakon yang berkaliber, imej segar dan yang paling penting bakat. Ini pendorong
utama sesebuah file masing lebih mendapat sambutan berbanding dengan
filem-filem tempatan.
Punca yang
seterusnya yang menjadikan filem -fielm asing lebih mendapat sambutan ialah faktor
pemilihan lokasi. Kebanyakan pengarah filem- file asing amat menekankan aspek
pemilihan lokasi kerana tempat yang strategik dan bersesuaian dengan jalan
cerita menjadikan sesebuah filem itu sempurna dan berjaya.
Walaupun filem-filem asing lebih mendapat
sambutan di negara ini,namun ada juga filem-filem tempatan ang mengharumkan
persada seni tanah airdi peringkat anatarabangsa. Namun kejayaan yang kecil ini
masih lagi belum dapat menandingi filem-filem ing yang sudah sekian alam
mencipta nama di persada antarabangsa. Kita sebagai rakyat yang sentiasa bersatu
pada seharusnya berganding bahu untuk memberi sokongan kepada industry perfileman
dari pelabgai sudut
Petikan
dipetik dan diubahsuai dari buku focus pmr