Khamis, 22 Julai 2021

Hak kepenggunaan

             Sebagai pengguna kita kurang mengambil kisah tentang hal kepnggunaan atau konsumerisme. Tahap kesedaran masyarakat kita tentang  ilmu konsumerisme dapat dikatakan masih cetek. Adanya kesedaran atau pun hasil daripada kempen-kempen oleh Persatuan Pengguna. Kita sendiri kurang berusaha untuk mencari dan meningkatkan pengetahuan kita mengenainya.

              Sikap “tak kisah” kita ini memungkinkan pengeluar barangan dan perkhidmatan mengambil sikap “tak apa” tentang kualiti barangan dan perkhidmatan mereka. Justeru agak sering kita menemukan barangan yang sudah melampaui tarikh luput atau kemek-kemek dan sedikit berkarat. Kita kurang juga mempersoalkan kandungan barangan yang kita beli misalnya, adakah pewarna makanan yang digunakan tidak menjejaskankesihatan, adakah lelemak baintang yang digunakan halal penyembelihan dan lain-lain.

          Pelbagai taktik iklan digunakan untuk mempengaruhi pengguna dalam usaha melakukan sesuatu produk. Pembungkusan yang menarik dilakukan untuk menarik perhatian pengguna, padahal kualiti produknya tidak seberapa. Hadiah berupa alat permainan yang lazimnya kurang berkauliti turut disertakan. Risalah-risalah yang disangsikan kesahihan begitu leluasa disebarkan.

         Taktik iklan yang pelbagai ini memang efektif, terutamanya kerana merekalah yang lebih mudah terpengaruh jika dibandingkan dengan golongan dewasa. Dengan kata lain,golongan remaja dan kanak-kanak lebih mudah dimangsai pengeluar. Hal ini adalah golongan ini membeli sesuatu bukan atas keperluan,tetapi atas dasar ikut-ikutan atau untuk menunjuk-nunjuk dan bersaing dengan teman-teman.

         Sebagai pengguna, kita sebenarnya  mempunyai hak untuk membuat pemilihan terhadap barangan dan perkhidmatan yang kita inginkan. Kiat berhak juga mengetahui kualiti dan kandungan barangan yang kita inginkan dan sebaliknya jika pembelian tidak menepati syarat yang ditetapkan.

           Di pasaran, pengguna itulah raja. Namun demikian, kita tidak menyedari hakikat ini kerana ilmu konsumerisme, tidaklah kita terus dipermainkan sewenang-wenang oleh pihak pengeluar yang ‘buta’ akan tanggungjawab sosialnya.

 

Petikan dipetik dan diubahsuai dari buku focus pmr