Sebagai pengguna kita kurang mengambil kisah tentang hal kepnggunaan atau konsumerisme. Tahap kesedaran masyarakat kita tentang ilmu konsumerisme dapat dikatakan masih cetek. Adanya kesedaran atau pun hasil daripada kempen-kempen oleh Persatuan Pengguna. Kita sendiri kurang berusaha untuk mencari dan meningkatkan pengetahuan kita mengenainya.
Sikap “tak kisah” kita ini
memungkinkan pengeluar barangan dan perkhidmatan mengambil sikap “tak apa”
tentang kualiti barangan dan perkhidmatan mereka. Justeru agak sering kita
menemukan barangan yang sudah melampaui tarikh luput atau kemek-kemek dan
sedikit berkarat. Kita kurang juga mempersoalkan kandungan barangan yang kita
beli misalnya, adakah pewarna makanan yang digunakan tidak
menjejaskankesihatan, adakah lelemak baintang yang digunakan halal
penyembelihan dan lain-lain.
Pelbagai taktik iklan digunakan untuk
mempengaruhi pengguna dalam usaha melakukan sesuatu produk. Pembungkusan yang
menarik dilakukan untuk menarik perhatian pengguna, padahal kualiti produknya
tidak seberapa. Hadiah berupa alat permainan yang lazimnya kurang berkauliti
turut disertakan. Risalah-risalah yang disangsikan kesahihan begitu leluasa
disebarkan.
Taktik iklan yang pelbagai ini memang
efektif, terutamanya kerana merekalah yang lebih mudah terpengaruh jika
dibandingkan dengan golongan dewasa. Dengan kata lain,golongan remaja dan
kanak-kanak lebih mudah dimangsai pengeluar. Hal ini adalah golongan ini
membeli sesuatu bukan atas keperluan,tetapi atas dasar ikut-ikutan atau untuk
menunjuk-nunjuk dan bersaing dengan teman-teman.
Sebagai pengguna, kita sebenarnya mempunyai hak untuk membuat pemilihan
terhadap barangan dan perkhidmatan yang kita inginkan. Kiat berhak juga
mengetahui kualiti dan kandungan barangan yang kita inginkan dan sebaliknya
jika pembelian tidak menepati syarat yang ditetapkan.
Di pasaran, pengguna itulah raja. Namun
demikian, kita tidak menyedari hakikat ini kerana ilmu konsumerisme, tidaklah
kita terus dipermainkan sewenang-wenang oleh pihak pengeluar yang ‘buta’ akan
tanggungjawab sosialnya.
Petikan dipetik
dan diubahsuai dari buku focus pmr