Kemalangan jalan raya bermaksud kecelakaan
yang berlaku kepada seseorang semasa berada di jalan raya. Kemalangan boleh
menyebabkan kita kehilangan harta benda dan anggota badan.
Terdapat pelbagai sebab kemalangan jalan
raya boleh berlaku. Antaranya ialah kecuaian pemandu yang juga merupakan punca
utama kemalangan. Antaranya, kecuaian yang dilakukan oleh pemandu ialah memandu
dengan laju, kurang tidur sebelum memandu
dan mabuk ketika memandu. Ada juga sesetengah yang tidak mematuhi peraturan di jalan raya.
Pemandu yang mengabaikan
keselamatan kenderaan kenderaan juga merupakan salah satu punca terjadinya
kemalangan jalan raya. Kebanyakan pemandu tidak memeriksa kenderaan mereka
terutamanya di bahagian enjin dan tayar. Enjin dan tayar yang tidak diselia
dengan sempurna akan menyebabkan kemalangan.
Namun begitu, kemalangan jalan
raya boleh dielakkan. Antaranya ialah mengamalkan sikap berhati-hati di jalan
raya. Kita perlu mematuhi segala peraturan yang terdapat di jalan raya. Selain
itu, kita juga perlu bertolak ansur semasa berada di jalan raya dengan memberikan
laluan kepada orang lain apabila berlaku
kesesakan di jalan raya.
Kita juga perlu memeriksa kenderaan terlebih dahulu sebelum menggunakan kenderaan
tersebut. Enjin kenderaan perlu dijaga dengan menukar minyak silinder apabila telah cukup tempohnya. Tayar
kenderaan hendaklah diganti apabila tayar
itu telah haus. Kita juga perlu menghantar kenderaan ke pusat servis
kenderaan untuk memastikan kenderaan
sentiasa berada dalam keadaan baik.
Keselamatan di jalan raya banyak
bergantung kepada sikap manusia itu sendiri. Jika kita sentiasa berhati-hati
dan mematuhi peraturan jalan raya,
kemalangan dapat dielakkan.
Sumber asli daripada pelangi tunas