Khamis, 21 November 2019

Kamu ada permainan tradisional yang paling kamu gemari.

      Pada zaman dahulu, permainan tradisional amat terkenal di kalangan masyarakat Melayu. Begitu dengan saya, permainan tradisional yang saya sukai ialah membuat layang-layang.
     Layang-layang itu saya buat sendiri. Saya belajar membuat layang-layang daripada kawan-kawan dan jiran-jiran bersebelahan rumah saya. Hanya dengan cara itu saya dapat menjimatkan duit.
      Saya perlu menyediakan beberapa bahan seperti beberapa batang bilah buluh, kertas nipis kalis air dan benang kasar. Selain itu, peralatan lain yang saya perlukan ialah pisau,gam dan gunting.
      Sebelum membuat layang-layang, saya mengikat hujung bilah buluh supaya membentuk segi empat. Kemudian, saya akan menyediakan kertas nipis kalis air pada permukaan segi empat layang-layang tadi. Kemudian saya menggunakan tali untuk mengikat setiap penjuru layng-layang, saya juga menlukis gambar pada pewarna kertas dengan pewarna supaya dapat mencantikkan layang-layang saya.
      Apabila layang-layang saya telah siap. Saya pun bermain layang-layang di padang  depan rumah saya. Layang-layang  sesuai dimainkan pada waktu  berangin. Saya sering bermain dengan rakan-rakan pada waktu –waktu sengggang.
     Kesimpulanya, permainan layang-layang sungguh menghiburkan saya, saya akan berasa puas hati apabila layang-layang tersebut naik tinggi di langit dan berterbangan bebas.

Ahad, 17 November 2019

Saya sebuah komputer riba


           Saya sebuah komputer riba bernama Axer. Badan saya diperbuat daripada  aluminium, kaca, besi dan plastik. Saya dibina dengan menggunakan teknologi Jepun tetapi dipasang di Penang. Setelah siap dipasang, saya telah diuji oleh pakar-pakar sebelum dibungkus dan dihantar ke tempat lain.
           Setelah dibungkus, sebuah van telah membawa saya dan rakan-rakan yang lain ke sebuah kedai komputer di Selangor. Apabila sampai di kedai komputer, saya disimpan dan dipamer di atas meja, di sana ada banyak rakan saya yang lain.
          Suatu hari, saya dikeluarkan daripada meja pameran dan ditunjukkan kepada seorang lelaki. Lelaki itu terterik oleh reka bentuk dan ciri-ciri saya. Setelah diuji terperinci, lelaki itu telah setuju membeli saya.
        Setiap hari, saya dibawa ke mana-mana saja oleh tuan saya. Saya digunakan untuk menulis nota, melayari internet dan menyimpan data. Saya berasa bangga kerana sering dipuji oleh rakan-rakannya.
       Akan tetapi, sepanjang saya bersamanya, kadang-kadang saya sakit dan tuan tidak membuat apa-apa dengan saya. Tuan saya terus menghantar saya ke kedai komputer untuk dibaiki.
        Kini, tuan saya telah menjadi peniaga yang berjaya. Tuan saya bekerja di syarikat persendirian yang mempunyai ratusan pekerja-pekerja. Walaubagaimanapun, saya jarang digunakan tetapi saya tetap bangga kerana pernah berkhidmat dengannya.

Rabu, 13 November 2019

Setiap murid digalakkan mempunyai kamus


       Kamus ialah sebuah buku yang mengandungi kata-kata yang disusun  dengan keterangan ayat. Murid digalakkan mempunyai kamus yang lengkap erti penuh dengan maklumat kerana kamus banyak memberikan faedah.
      Pada masa kini, kamus dapat diperoleh dalam pelbagai variasi eletronik yag mudah dibawa dan digunakan. Kini, terdapat banyak apps boleh dimuat turun melalui telefon bimbit masing-masing di mana-manu jua. Inii  sedikit sebanyak dapat membantu murid belajar dengan lebih berkesan di pelusuk dunia.
       Sebagai seorang murid, kamus seharusnya dijadikan teman sejati. Kamus berperanan penting untuk membantu murdi berusaha memperkaya kosa kata dan tatabahasa. Hal ini memudahkan pemahaman murid mengenali sesuatu kata yang sukar difahami.
       Selain itu, kamus juga dapat membantu murid mengetahui golongan kata-kata dengan mudah. Kamus juga mempunyai maklumat tersirat dan tersurat mengenai asal- usul kata khususnya bahasa pinjaman yang diguna secara meluas dalam bahasa melayu.
       Kini, banyak kamus yang meliputi pelbagai bidang seperti istilah sains,teknologi maklumat, sejarah, geogarfi dan sebagainya. Kamus inilah dapat memenuhi keperluan dalam pembelajaran. Justeru, kamus dapat memenuhi keperluan untuk mengetahui ejaan sebutan secara lebih tepat.
      Kesimpulanannya, kamus sangat penting kepada semua murid. Penggunaan kamus secara meluas akan memberi kesan mendalam dengan memudahkan murid meneroka pelbagai bidang ilmu di sekolah

Selasa, 12 November 2019

Tulis karangan tentang seorang tokoh negara yang kamu kagumi.


Tulis karangan tentang seorang tokoh negara yang kamu kagumi.
   
         Setiap orang Malaysia mempunyai tokoh negara yang dikagumi, begitu juga dengan saya. Tokoh yang saya kagumi ialah Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 di sebuah rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
          Semasa kecil, Beliau mendapat Pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak. Beliau telah mendapat pendidikan akhir di bidang perubatan di Universiti Malaya pada tahun 1953. Selepas itu, beliau bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar, Alor Setar.
         Beliau sangat gemar membaca dan menulis buku. Semasa dalam bidang perubatan. Beliau telah menggunakan nama pena C.H.DET. Buku yang terkenal ialah Dilema Melayu telah dihasilkan oleh beliau pada tahun 1970.
          Pada tahun 1964, beliau sangat aktif dalam bidang politik. Beliau telah mendapat kepercayaan pemimpin untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan. Beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri keempat pada 16 Julai 1981 untuk menggantikkan Tun Hussein Onn.
         Setelah 22 tahun berkhidmat , jawatan beliau telah diambil alih oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Untuk mengenang jasa-jasanya. Beliau telah digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Rakyat sangat menghargai beliau kerana berjaya menjadi Malaysia sebagai negara pesat berkembang.
          Selepas bersara, Beliau menghabiskan masa dengan membaca, menulis dan memberikan ceramah.

Jumaat, 8 November 2019

Berita


KAJANG, Sabtu – Keseronokan seorang remaja mandi-manda bersama rakan-rakannya musnah apabila dia hampir mati lemas di Air Terjun Sungai Tekala, dekat sini, hari ini.
       Dalam kejadian kira-kira pukul dua petang itu, remaja berumur 14 tahun itu dikatakan mandi di kawasan yang dilarang oleh pihak pengurusan.
       Jurucakap polis berkata, mangsa yang tinggal di Bangi itu pergi ke Kawasan perkelahan itu bersama  beberapa orang rakannya untuk mandi-manda kira-kira pukul satu petang.
       “Beberapa minit kemudian, tiba-tiba  tangan mangsa dilihat terkapai-kapai di permukaan air dan rakan mangsa cemas melihat keadaan itu.”
        “ Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berturut berada di Kawasan itu,” katanya lagi. Mangsa kemudia dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan lanjut selepas diberi rawatan kecemasan oleh orang awam.
          Pihak polis turut menasihati orang awam yang ingin mandi-manda atau berkelah di kawasan  tersebut supaya menjaga keselamatan diri dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.


Petikan dipetik daripada gemilang publishing untuk tujuan pembelajaran

Khamis, 7 November 2019

Surat Tidak Rasmi- ucap tahniah


Sahabat kamu menjuarai pertandingan syarahn peringkat kebangsaan. Tulis sepucuk surat untuk mengucapkan tahniah kepadanya. Tulis surat kamu itu selengkapnya.

                                                                                                                Clement Chong
                                                                                                                 No 13, Jalan Wangsa 4,
                                                                                                                Taman Wangsa
                                                                                                                11930 Bayan Lepas,
                                                                                                                 Pulau Pinang

                                                                                                                12 Jun 2019


             Menemui sahabatku, Simon yang berada di Kuantan, Pahang, semoga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

 Saudari,
             Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan saudara dalam pertandingan syarahn peringkat kebangsaan baru-baru ini. Saya terbaca berita kejayaan saudari dalam akhbar Berita Harian. Saudara memang layak memenangi pertandingan itu kerana saudara ada bakat dalam bidang syarahan.
            Selain itu, saya juga menonton rakaman pertandingan syarahan itu yang disiarkan di internet. Saya sungguh kagum akan kefasihan dan keyakinan diri saudara menyampaikan syarahan. Saya juga tidak melihat wajah saudara gusar ketika menyampaikan hujah.
           Memandangkan  saudara  baharu sahaja memenangi pertandingan syarahan, saya ingin meinta tip untuk menyampaikan syarahan dengan bersahaja tanpa rasa gugp dan takut. Hal ini disebabkan , saya akan mewakili kelas dalam pertandingan syarahan di sekolah saya. Saya tidak mempunyai pengalaman dalam pertandingan syarahan.
           Saya amat mengharap saudara dapat membalas surat dengan secepat mungkin.

 sekian .

                                                                                                                            Yang Benar,
                                                                                                                              Mei Mei


Petikan dipetik dan diubahsuaikan daripada pep untuk tujuam pembelajaran.

Rabu, 6 November 2019

Catatan : melawat ke kampung


7.00pagi
             Kami memulakan perjalanan ke kampung. Semasa dalam perjalanan, kami melihat pemandangan indah. Kami berasa gembira dan kagum akan keunikan di daerah kecil ini.

8.10 pagi
           Kami telah sampai di Kampung Perikanan. Terdapat pelbagai jenis ikan-ikan masin yang sedang dijemur di bawah matahari. Kami sempat menyaksikan kepulangan kapal ikan yang penuh dengan muatan tangkapan.

11.00 pagi
           Kami melawat ke Pantai Ikan Duyung. Pantai ini terkenal dengan pemandangan yang cantik. Kami terpegun kerana pasirnya halus dan bersinar. Di sini juga disediakan kemudahan seperti calet dan gerai-gerai  makanan untuk para pelancong seperti kami. Kami juga melihat orang awan bermandi manda di pantai ini.

1230 tengah hari
         Kami singgah di pusat Air Hitam yang penuh dengan penjualan barangay kraf tangan. Kami berpeluang melihat proses menghasilkan pasu bunga yang jarang terdapat di tempat kami.

1.30 petang
        Kami ke Pasar Besar Air Hitam. Kami terkejut melihat penjualan makanan enak oleh pengerai. Pelbagai makanan sedap telah dijual di sini. Antaranya termasuk mee jawa, laksa, nasi goreng dan kuih-muih. Harga pula murah jika dibandingkan dengan tempat lain.

2.00 petang
        Selepas makan tengah hari, kami bertolak pulang. Kami berasa gembira dengan kunjungan ini. Pelbagai kenangan manis kami perolah semasa ke kampung yang unik ini.

Selasa, 5 November 2019

Peristiwa yang tidak dapat aku lupakan


           Setiap orang mempunyai peristiwa pahit yang tidak dapat dilupakan. Begitu juga dengan diriku. Aku masih ingat peristiwa ketika menaiki bas pulang ke kampuang pada tahun lalu. Bas ekspres dua tingkat yang aku naiki itu bergerak laju. Apabila bas ekspres itu memasuki Terowong Menora,aku berasa tidak sedap hati.
          Sebak-baik sahaja bas itu keluar dari Terowong Menora,  tiba-tiba  bas tersebut hilang kawalan. Penumpang di dalam bas menjerit ketakutan. Dengan sekelip mata,bas melanggar pembahagi jalan lalu terjunam ke dalam  gaung.
           Aku memegang kerusi dengan kuat. Aku berharap  agar kami semua selamat. Akhirnya, bas terhenti apabila  melanggar  sebatang pokok besar.
          Aku bersyukur kerana bantuan segera tiba. Pasukan penyelamat berusaha menyelamatkan mangsa yang berada di dalam bas. Selepas itu, penumpang yang cedera dibawa ke hospital.
         Penumpang yang lain meneruskan perjalanan ke utara dengan bas gentian. Aku bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu. Itulah peristiwa yang tidak dapat aku lupakan dalam hidup aku.



Petikan ini dipetik daripada pep untuk tujuan pembelajaran.

Ahad, 3 November 2019

Percutian yang menyeronokkan


         
         Datuk membawa kami bercuti di Sabah. Semasa sampai di sana, kami pun mendaftar masuk di hotel penginapan, kami beristirahat di bilik kerana telah telah perjalanan yang jauh dengan kereta Proton Preve dari Miri.
        Pada sebelah malam, kami menjamu selera di sekitar Kota Kinabalu yang terkenal dengan masakan lauk yang lazat. Selepas makan, datuk pun membawa kami berjalan-jalan sekitar sambal mengambil angin malam di 1 Borneo.
        Hari kedua di Kundasang, kami makan angin di puncak itu. Pengalaman di sana  sungguh menyeronokkan. Udara di atas puncak sungguh dingin, mungkin disebabkan baru lepas hujan. Dari puncak di atas, kami melihat panaroma  yang menghijau dan pandangan bukit-bukau.
       Selepas itu, kami melawat ke Muzium Orang Murut. Di dalam muzium tersebut, terdapat pelbagai karakter yang disukai orang ramai. Saya tidak melepaskan peluang ini untuk bergambar di dalam muzium itu.
          Pada keesokkan harinya,kami pun berkelah di pantai Tanjung Aru yang mempunyai pantai yang cantic dan bersih. Selepas berkunjung, kami berkemas dan daftar keluar dari hotel.
           Sebelum pulang, datuk singgah untuk membeli cenderamata sebagai oleh-oleh untuk dibawa pulang ke Miri. Saya berasa sangat seronok dalam percutian ini.

Jumaat, 1 November 2019

Berita Pertandingan bercerita di sekolah.


Skudai, 15 Mei- Sekolah Jenis Kebangsaan ( C) Kuo Kuang 1, Johor Bahru telah muncul sebagai johan peserta lelaki pada Pertandingan Bercerita  Peringkat Daerah Johor Bahru yang akan diadakan di SJK ( C) Pandan pada hari semalam.
           Yogeshwaran yang menyampaikan cerita bertajuak “ Ungka yang Sombong” Berjaya memikat hati para hakim yang mengadili pertandingan itu. Yogeshwaran telah mendapat perhatian pengadil kerana dia menyelitkan sebuah sajak dalam persembahannya itu.
        Hasil kemenangan itu,Yogeshwaran berjaya  menyingkirkan 15 peserta lelaki lain bagi membolot hadiah sebuah piala dan sejumlah wang tunai  dalam pertandingan itu. Menurut  Yogeshwaran lagi, dia hanya mengambil masa selama tiga hari untuk menghafal cerita tersebut dan menjalani latihan singkat di bawah bimbingan Cikgu Islah  Mat Zain  dan Cikgu Chan  Chong Yan.
          Selepas ini, Yogeshwaran  akan  bertnading lain bagi mewakili daerah Johor Bahru  ke peringkat  negeri. Pertandingan itu dijangka akan berlangsung pada Julai ini di Segamat, Johor.
        Semasa majlis perasmian penutup yang disempurnakan oleh Penolong Pengarah  Pelajaran Daerah , Encik Tusimin Jemakir, beliau berharap pertandingan bercerita dapat memupuk semangat kea rah integrasi nasional. Beliau juga mneyeru guru-guru di daerah di daerah ini menggandakan usaha  untuk menjadikan  sekolah Johor sebagai nombor lima terbaik antara sekolah-sekolah di Malaysia

Petikan Dipetik daripada tunas pelangi