Setiap orang mempunyai peristiwa pahit yang tidak dapat
dilupakan. Begitu juga dengan diriku. Aku masih ingat peristiwa ketika menaiki
bas pulang ke kampuang pada tahun lalu. Bas ekspres dua tingkat yang aku naiki
itu bergerak laju. Apabila bas ekspres itu memasuki Terowong Menora,aku berasa
tidak sedap hati.
Sebak-baik
sahaja bas itu keluar dari Terowong Menora,
tiba-tiba bas tersebut hilang
kawalan. Penumpang di dalam bas menjerit ketakutan. Dengan sekelip mata,bas
melanggar pembahagi jalan lalu terjunam ke dalam gaung.
Aku
memegang kerusi dengan kuat. Aku berharap
agar kami semua selamat. Akhirnya, bas terhenti apabila melanggar
sebatang pokok besar.
Aku
bersyukur kerana bantuan segera tiba. Pasukan penyelamat berusaha menyelamatkan
mangsa yang berada di dalam bas. Selepas itu, penumpang yang cedera dibawa ke
hospital.
Penumpang
yang lain meneruskan perjalanan ke utara dengan bas gentian. Aku bersyukur
kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu. Itulah
peristiwa yang tidak dapat aku lupakan dalam hidup aku.
Petikan ini dipetik
daripada pep untuk tujuan pembelajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan