Isnin, 26 Julai 2021

Punca -punca remaja lari dari rumah

         Saban hari, terdapat beberapa punca yang mendorong wujudnya masalah ini, hal ini tentulah membimbangkan ibu bapa. Ibu bapa yang mempunyai anak remaja perlu mengetahui punca tersebut dan haruslah cuba mengelakkannya.

        Salah satu punca punca yang menyebabkan wujudnya masalah tersebut ialah longgarnya hubungan kekeluargaan. Ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk anak-anak. Ini menyebabkan mereka berasa diri mereka tidak dipentingkan. Kesannya, mereka berasa sunyi dan tersisih di dunia sendiri, hal ini akan menjadi lebih teruk lagi khasnya jika ibu bapa sering bertengkar di depan anak.

        Selain itu, golongan remaja selalunya lebih banyak bergaul dengan rakan sebaya berbanding  dengan ibu bapa dan adik-beradik. Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap mereka. Para remaja merasakan lari dari rumah dan tinggal bersendirian lebih bebas dan menyeronokkan kerana tidak lagi diawasi oleh ibu bapa. Ada sesetengah rakan sebaya yang sanggup mencabar rakannya agar melakukan sesuatu, jika tidak dia akan disingkirikan atau tidak diiktiraf sebagai anggota kumpulan mereka.

       Kes terjebak dengan kes jenayah boleh mendorong seseorang itu lari dari rumah, terdapat remaja yang terlibat dalam kegiatan salah laku yang serius kerana malu dan takut diketahui oleh keluarga, mereka meilih melarikan diri. Ini biasanya berlaku kepada gadis remaja. Gadis remaja yang suka berpelesiran mudah tertipu oleh pihak tertentu dengan cara yang tersendiri.

      Satu lagi ialah punca kurangnya didikan agama yang kuat yang boleh menyebabkan seseorang remaja itu tidak bertindak secara waras apabila berdepan dengan masalah. Didikan agama yang kukuh boleh dijadikan sebagai benteng yang kebal untuk menahan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik. Remaja yang kurang didikan agama lebih mudah untuk mengikut perasaan dan kurang kesedaran terhadap peranan dan tanggugjawab mereka kepada ibu bapa dan keluarga.

      Akhir kata, remaja adalah aset yang amat berharga kepada negara dan mereka juga bertanggungjawab untuk meneruskan kesinambungan tradisi budaya bangsa. Anak remaja sendiri perlu lebih bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran dalam diri bukannya terlalu mengikut perasaan sebaliknya perlu banyak memikirkan keadaan dan perasaan ibu bapa.


petikan dipetik dan diubahsuai dari buku fokus pmr

Khamis, 22 Julai 2021

Hak kepenggunaan

             Sebagai pengguna kita kurang mengambil kisah tentang hal kepnggunaan atau konsumerisme. Tahap kesedaran masyarakat kita tentang  ilmu konsumerisme dapat dikatakan masih cetek. Adanya kesedaran atau pun hasil daripada kempen-kempen oleh Persatuan Pengguna. Kita sendiri kurang berusaha untuk mencari dan meningkatkan pengetahuan kita mengenainya.

              Sikap “tak kisah” kita ini memungkinkan pengeluar barangan dan perkhidmatan mengambil sikap “tak apa” tentang kualiti barangan dan perkhidmatan mereka. Justeru agak sering kita menemukan barangan yang sudah melampaui tarikh luput atau kemek-kemek dan sedikit berkarat. Kita kurang juga mempersoalkan kandungan barangan yang kita beli misalnya, adakah pewarna makanan yang digunakan tidak menjejaskankesihatan, adakah lelemak baintang yang digunakan halal penyembelihan dan lain-lain.

          Pelbagai taktik iklan digunakan untuk mempengaruhi pengguna dalam usaha melakukan sesuatu produk. Pembungkusan yang menarik dilakukan untuk menarik perhatian pengguna, padahal kualiti produknya tidak seberapa. Hadiah berupa alat permainan yang lazimnya kurang berkauliti turut disertakan. Risalah-risalah yang disangsikan kesahihan begitu leluasa disebarkan.

         Taktik iklan yang pelbagai ini memang efektif, terutamanya kerana merekalah yang lebih mudah terpengaruh jika dibandingkan dengan golongan dewasa. Dengan kata lain,golongan remaja dan kanak-kanak lebih mudah dimangsai pengeluar. Hal ini adalah golongan ini membeli sesuatu bukan atas keperluan,tetapi atas dasar ikut-ikutan atau untuk menunjuk-nunjuk dan bersaing dengan teman-teman.

         Sebagai pengguna, kita sebenarnya  mempunyai hak untuk membuat pemilihan terhadap barangan dan perkhidmatan yang kita inginkan. Kiat berhak juga mengetahui kualiti dan kandungan barangan yang kita inginkan dan sebaliknya jika pembelian tidak menepati syarat yang ditetapkan.

           Di pasaran, pengguna itulah raja. Namun demikian, kita tidak menyedari hakikat ini kerana ilmu konsumerisme, tidaklah kita terus dipermainkan sewenang-wenang oleh pihak pengeluar yang ‘buta’ akan tanggungjawab sosialnya.

 

Petikan dipetik dan diubahsuai dari buku focus pmr

Selasa, 20 Julai 2021

Faktor-faktor filem asing lebih mendapat sambutan berbanding filem tempatan.


           Sektor perfileman merupakan salah satu daripada factor-faktor yang menyumbangkan kepada ekonomi negara lain selain daripada sektor perindustrian seperti perkilangan,pertanian dan pelancongan. Walaupun sumbangannya tidaklah begitu besar kepada ekonomi negara, namun ia merupakan sesuatu yang amat bernilai dan penting bagi pencinta-pencintaseni perfileman, para karyawan dan peminat-peminat filem. Sekarang ini, sektor perfileman negara kita masih lagi berada di takuk yang lama dan berada pada tahap yang ke bawah. Ini berpunca daripada kemasukan filem-filem asing ke negara ini yang lebih mendapat sambutan berbanding filem-filem tempatan. Antara filem-filem asing yang mendapat sambutan ialah filem-filem Hidustan,Inggeris ,China dan Jepun.

         Selain itu, punca yang menyebabkan filem-filem ing lebih mendapat sambutan berbanding filem tempatan sendiri ialah jalan cerita yang dipaparkan adalah terhad. Filem Jepun atau filem negara asing mempunyai unsur kepada seram yang mana jalan ceritanya boleh mempengaruhi serta memberi kesan mendalam terhadap penonton.

           Punca kedua ialah aset utama sesebuah filem itu juga bergantung kepada pemilihan pelakon-pelakon yang berkaliber, imej segar dan yang paling penting bakat. Ini pendorong utama sesebuah file masing lebih mendapat sambutan berbanding dengan filem-filem tempatan.

           Punca yang seterusnya yang menjadikan filem -fielm asing lebih mendapat sambutan ialah faktor pemilihan lokasi. Kebanyakan pengarah filem- file asing amat menekankan aspek pemilihan lokasi kerana tempat yang strategik dan bersesuaian dengan jalan cerita menjadikan sesebuah filem itu sempurna dan berjaya.

          Walaupun filem-filem asing lebih mendapat sambutan di negara ini,namun ada juga filem-filem tempatan ang mengharumkan persada seni tanah airdi peringkat anatarabangsa. Namun kejayaan yang kecil ini masih lagi belum dapat menandingi filem-filem ing yang sudah sekian alam mencipta nama di persada antarabangsa. Kita sebagai rakyat yang sentiasa bersatu pada seharusnya berganding bahu untuk memberi sokongan kepada industry perfileman dari pelabgai sudut

 

Petikan dipetik dan diubahsuai dari buku focus pmr  

Isnin, 19 Julai 2021

Isu pembuangan bayi

            Isu pembuangan bayi bukan merupakan isu yang asing di negara kita. Malah, masalah pembuangan bayi kian serius dari hari ke hari.

            Faktor utama berlakunya masalah ini ialah remaja mas kini semakin luntur nilai moral mereka Dalam usia yang muda, remaja cenderung bergaul bebas dan melakukan hubungan seks. Setelah melahirkan anak, mereka berasa takut lalu membuang bayi mereka.

          Selain itu, kelalaian ibu bapa turut menyebabkan masalah ini berlaku. Ibu bapa pada masa kini sibuk dengan pekerjaan masing-masing dan mengabaikan anak-anak mereka.Mereka hanya memberikan kemewahan  dan tidak memberikan kasih-sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. Justeru, anak-anak mempunyai teman lelaki dalam usia yang muda dan mudah melakukan perbuatan maksiat.

          Bagi mengatasi masalah ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting. Mereka harus mengambil berat terhadap anak-anak mereka agar mereka tidak terpengaruh dengan unsur negatif. Justeru, anak-anak tidak akan tersilap langkah dan melakukan perbuatan maksiat yang akan menjejaskan maruah keluarga.

         Akhir kata,anak merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Perbuatan membuang bayi merupakan yang tidak berperikmanusiaan dan harus dihalang.


Petikan dipetik dari penerbitan minda sdn bhd 

Ahad, 18 Julai 2021

Format : Dialog/ Temu ramah

Karangan : Dialog

Format dialog/ temu ramah


Siti: Selamat pagi, Saudara Raja. Saya Siti, Ketua Pengarang majalah Kosmo. Saya ingin menemu ramah 

        saudara untuk dimuatkan dalam majalah Kosmo bulan depan.

Raja: Selamat pagi, silakan

Siti: Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan saudara memenangi pingat emas 

        dalam kejohanan mencipta formula baharu dalam robotik pada baru-baru ini.

Raja: Terima Kasih.

Siti: Sejak bilakah saudara mula menceburkan diri dalam aktiviti ini?

Raja: Saya mula menyertai aktiviti ini sejak mula 9 tahun, ketika itu, masih di sekolah rendah.

Siti: Berapakah latihan atau cubaan saudara telah buat pada ketika ini?

Raja: Saya mula cuba menghasilkan pada umur 10 tahun, ketika itu, saya juga sentiasa melayari internet 

        untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang aktiviti ini.

Siti: Bolehkan saudara jelaskan berapa kejayaan yang telah peroleh setakat ini?

Raja: Saya mula mendapat anugerah pada umur 11 tahun dalam peringkat daerah, peringkat bahagian,     

         pada umur 12 ke atas, saya telah berjaya mendapat anugerah di peringkat kebangsaan. Saya harap 

       tahun saya berpeluang bertanding lagi di peringkat antarabangsa.

Siti: Akhir sekali, apakah cita-cita saudara?

Raja: Saya bercita-cita untuk menubuhkan peluang kerjaya ini di masa hadapan, sebagai sebuah syarikat 

         yang berpotensi dalam bidang teknologi tinggi.

Siti: Terima kasih kerana saudara sudi meluangkan masa untuk ditemu ramah.

Raja: sama-sama.