Isnin, 26 Julai 2021

Punca -punca remaja lari dari rumah

         Saban hari, terdapat beberapa punca yang mendorong wujudnya masalah ini, hal ini tentulah membimbangkan ibu bapa. Ibu bapa yang mempunyai anak remaja perlu mengetahui punca tersebut dan haruslah cuba mengelakkannya.

        Salah satu punca punca yang menyebabkan wujudnya masalah tersebut ialah longgarnya hubungan kekeluargaan. Ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk anak-anak. Ini menyebabkan mereka berasa diri mereka tidak dipentingkan. Kesannya, mereka berasa sunyi dan tersisih di dunia sendiri, hal ini akan menjadi lebih teruk lagi khasnya jika ibu bapa sering bertengkar di depan anak.

        Selain itu, golongan remaja selalunya lebih banyak bergaul dengan rakan sebaya berbanding  dengan ibu bapa dan adik-beradik. Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap mereka. Para remaja merasakan lari dari rumah dan tinggal bersendirian lebih bebas dan menyeronokkan kerana tidak lagi diawasi oleh ibu bapa. Ada sesetengah rakan sebaya yang sanggup mencabar rakannya agar melakukan sesuatu, jika tidak dia akan disingkirikan atau tidak diiktiraf sebagai anggota kumpulan mereka.

       Kes terjebak dengan kes jenayah boleh mendorong seseorang itu lari dari rumah, terdapat remaja yang terlibat dalam kegiatan salah laku yang serius kerana malu dan takut diketahui oleh keluarga, mereka meilih melarikan diri. Ini biasanya berlaku kepada gadis remaja. Gadis remaja yang suka berpelesiran mudah tertipu oleh pihak tertentu dengan cara yang tersendiri.

      Satu lagi ialah punca kurangnya didikan agama yang kuat yang boleh menyebabkan seseorang remaja itu tidak bertindak secara waras apabila berdepan dengan masalah. Didikan agama yang kukuh boleh dijadikan sebagai benteng yang kebal untuk menahan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik. Remaja yang kurang didikan agama lebih mudah untuk mengikut perasaan dan kurang kesedaran terhadap peranan dan tanggugjawab mereka kepada ibu bapa dan keluarga.

      Akhir kata, remaja adalah aset yang amat berharga kepada negara dan mereka juga bertanggungjawab untuk meneruskan kesinambungan tradisi budaya bangsa. Anak remaja sendiri perlu lebih bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran dalam diri bukannya terlalu mengikut perasaan sebaliknya perlu banyak memikirkan keadaan dan perasaan ibu bapa.


petikan dipetik dan diubahsuai dari buku fokus pmr

Tiada ulasan:

Catat Ulasan