Terima kasih Tuan Pengerusi Maljis, Yang berusaha Tuan Guru
Besar, guru-guru penolong kanan, para guru dan rakan sekalian. Salam sejahtera
saya ucapkan. Hari ini, saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk “Faedah
-faedah Belajar secara Berkumpulan”.
Semasa kita
belajar secara berkumpulan. Kita dapat memperoleh maklumat yang lebih banyak.
Hal ini disebabkan rakan-rakan dalam kita boleh membaca buku rujukan yang
berlainan pada masa yang sama. Dengan secara tidak langsung, semua maklumat
tersebut dapat dikongsi dan difahami dengan lebih mendalam melalui
perbincangan.
Hadirin yang dimuliakan,
Bukan setakat
itu saja, belajar secara berkumpulan memudahkan kita memahami tajuk secara mendalam
lagi. Rakan kita akan memberi penerangan apabila kita kurang memahami tajuk.
Kesannya, prestasi pelajaran akan meningkat dan memperolehi keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan nanti
Belajar secara
berkumpulan juga dapat mengelakan kebosanan. Perbincangan antara kumpulan akan
menjadikan kita lebih semangat untuk belajar kerana suasana tidak kaku dan
berani memberi pandangan sendiri. Kesannya, kita belajar bagaimana mendapat
keyakinan diri semasa berdepan dengan orang lain?
Hadirin yang dikasihi,
Belajar secara
berkumpulan boleh meningkat semangat untuk bersaing. Sebagai contohnya, kita
akan cuba mengikut jejak rakan kita yang telah mempunyai keputusan yang
cemerlang. Kesannya, seluruh ahli akan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan
jika telah berjaya mengikutnya.
Kesimpulannya,
belajar secara berkumpulan merupakan teknik pembelajaran yang berfaedah dan
sihat. Demikianlah saja syarahan saya pada pagi ini. Sekian, terima kasih.