Jumaat, 13 Disember 2019

Faedah -faedah Belajar secara Berkumpulan


            Terima kasih Tuan Pengerusi Maljis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, para guru dan rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Hari ini, saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk “Faedah -faedah Belajar secara Berkumpulan”.
         Semasa kita belajar secara berkumpulan. Kita dapat memperoleh maklumat yang lebih banyak. Hal ini disebabkan rakan-rakan dalam kita boleh membaca buku rujukan yang berlainan pada masa yang sama. Dengan secara tidak langsung, semua maklumat tersebut dapat dikongsi dan difahami dengan lebih mendalam melalui perbincangan.
Hadirin yang dimuliakan,
        Bukan setakat itu saja, belajar secara berkumpulan memudahkan kita memahami tajuk secara mendalam lagi. Rakan kita akan memberi penerangan apabila kita kurang memahami tajuk. Kesannya, prestasi pelajaran akan meningkat dan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti
        Belajar secara berkumpulan juga dapat mengelakan kebosanan. Perbincangan antara kumpulan akan menjadikan kita lebih semangat untuk belajar kerana suasana tidak kaku dan berani memberi pandangan sendiri. Kesannya, kita belajar bagaimana mendapat keyakinan diri semasa berdepan dengan orang lain?
Hadirin yang dikasihi,
        Belajar secara berkumpulan boleh meningkat semangat untuk bersaing. Sebagai contohnya, kita akan cuba mengikut jejak rakan kita yang telah mempunyai keputusan yang cemerlang. Kesannya, seluruh ahli akan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan jika telah berjaya mengikutnya.
        Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan merupakan teknik pembelajaran yang berfaedah dan sihat. Demikianlah saja syarahan saya pada pagi ini. Sekian, terima kasih.
                                                                                                                                                                                                                              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan