Sabtu, 4 Januari 2020

Kemahiran Menggunakan Komputer


             

         Pada masa kini, kemahiran dalam penggunaan komputer semakin diperlukan untuk menghadapi kemajuan negara. Murid-murid haruslah didedahkan kepada dunia komputer sejak kecil lagi.

         Apabila mahir menggunakan komputer, murid-murid dapat melakukan tugasan dengan tepat dan mudah. Sebagai contoh, banyak tugasan seperti menaip, melukis grafik dan penyediaan laporan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Mereka dapat menjimatkan masa pembelajaran sama ada di rumah mahupun di sekolah.
       Selain itu, murid-murid yang mahir dalam penggunaan komputer  akan dapat melayari internet untuk memperolehi bahan-bahan rujukan bagi menyelesaikan tugasan pelajaran yang diberikan oleh guru. Rujukan itu dapat digunakan dalam pembelajaran di kelas dan secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi akademik  mereka.
        Di samping itu, komputer yang mempunyai talian internet juga boleh digunakan sebagai alat komunikasi. Seseorang tu dapat berhubung dan menukar maklumat dengan rakan-rakan walaupun mereka berjauhan.
       Komputer juga boleh diprogramkan untuk mempelajar pelbagai bahasa. Murid-murid boleh mendapatkan maklumat tentang makna perkataan dan penggunaan ayat dengan lebih cepat. Oleh itu, penulisan karangan murid akan menjadi mantap dengan penggunaan kosa kata yang meluas.
        Kesimpulannya, penggunaan komputer amat penting kerana dapat membentuk menusia menggunakan maklumat secara tepat dan mudah. Mereka perlu menjadi generasi yang celik komputer.