Pada masa kini, kemahiran dalam penggunaan komputer semakin diperlukan untuk menghadapi kemajuan negara. Murid-murid haruslah didedahkan kepada dunia komputer sejak kecil lagi.
Apabila mahir
menggunakan komputer, murid-murid dapat melakukan tugasan dengan tepat dan
mudah. Sebagai contoh, banyak tugasan seperti menaip, melukis grafik dan
penyediaan laporan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Mereka dapat
menjimatkan masa pembelajaran sama ada di rumah mahupun di sekolah.
Selain itu,
murid-murid yang mahir dalam penggunaan komputer akan dapat melayari internet untuk
memperolehi bahan-bahan rujukan bagi menyelesaikan tugasan pelajaran yang
diberikan oleh guru. Rujukan itu dapat digunakan dalam pembelajaran di kelas
dan secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi akademik mereka.
Di samping
itu, komputer yang mempunyai talian internet juga boleh digunakan sebagai alat
komunikasi. Seseorang tu dapat berhubung dan menukar maklumat dengan
rakan-rakan walaupun mereka berjauhan.
Komputer juga
boleh diprogramkan untuk mempelajar pelbagai bahasa. Murid-murid boleh
mendapatkan maklumat tentang makna perkataan dan penggunaan ayat dengan lebih
cepat. Oleh itu, penulisan karangan murid akan menjadi mantap dengan penggunaan
kosa kata yang meluas.
Kesimpulannya,
penggunaan komputer amat penting kerana dapat membentuk menusia menggunakan
maklumat secara tepat dan mudah. Mereka perlu menjadi generasi yang celik
komputer.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan