Tik…tok…tik…tok…, jam dinding di ruang tamu menunjukkan pukul
8:30 pagi. Aku bersarapan mi goreng dan secawan milo. Aku membantu ibu membuat
kerja pembersihan rumah pada pagi itu.
Semasa membuat
pembersihan, terdengar orang memanggil namaku. Aku segera membuka pintu
rumahku. Rupa-rupanya Ali dan Hassan yang datang. Mereka mengajak aku
pergi menangkap ikan di sungai di
belakang rumah. Aku melarang mereka
menangkap ikan di sungai itu kerana terdapat banyak ular berdekatan. Tetapi
mereka tidak mendengar nasihatku.
Selepas itu,
mereka terus berlalu dari rumahku menuju ke kawasan sungai. Dalam fikiran aku
terbayang kegirangan menangkap ikan besar serta udang yang banyak.
Tanpa membuang
masa, aku menyelesaikan kerja sekolah. Aku juga menyiapkan kerja rumah seperti
menyidai baju dan melipat baju yang telah kering.
Tiba-tiba, aku
terdengar percakapan orang dewasa yang melalui rumahku. Suara tersebut adalah
Pak Mat, iaitu Ketua Kampung kami. Ak uterus berlari ke kawasan sungai itu. Aku
melihat Ali memapah Hassan. Muka Hassan sangat pucat dan tidak bermaya,
kesakitan akibat digigit ular.
Pak Mat
menghantar Hassan ke hospital dengan segera. Menurut perbualan dengan Pak Mat
pada keesokkan hari, Hassan telah insaf akan kesalahan diri dan berjanji tidak
akan melakukan lagi. Itu akibatnya tidak mendengar nasihat.