Selasa, 7 Januari 2020

Akibat Tidak Mendengar Nasihat


Tik…tok…tik…tok…, jam dinding di ruang tamu menunjukkan pukul 8:30 pagi. Aku bersarapan mi goreng dan secawan milo. Aku membantu ibu membuat kerja pembersihan rumah pada pagi itu.
      Semasa membuat pembersihan, terdengar orang memanggil namaku. Aku segera membuka pintu rumahku. Rupa-rupanya Ali dan Hassan yang datang. Mereka mengajak aku pergi  menangkap ikan di sungai di belakang rumah. Aku melarang  mereka menangkap ikan di sungai itu kerana terdapat banyak ular berdekatan. Tetapi mereka tidak mendengar nasihatku.

      Selepas itu, mereka terus berlalu dari rumahku menuju ke kawasan sungai. Dalam fikiran aku terbayang kegirangan menangkap ikan besar serta udang yang banyak.
      Tanpa membuang masa, aku menyelesaikan kerja sekolah. Aku juga menyiapkan kerja rumah seperti menyidai baju dan melipat baju yang telah kering.
       Tiba-tiba, aku terdengar percakapan orang dewasa yang melalui rumahku. Suara tersebut adalah Pak Mat, iaitu Ketua Kampung kami. Ak uterus berlari ke kawasan sungai itu. Aku melihat Ali memapah Hassan. Muka Hassan sangat pucat dan tidak bermaya, kesakitan akibat digigit ular.
       Pak Mat menghantar Hassan ke hospital dengan segera. Menurut perbualan dengan Pak Mat pada keesokkan hari, Hassan telah insaf akan kesalahan diri dan berjanji tidak akan melakukan lagi. Itu akibatnya tidak mendengar nasihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan