Kamu telah dipilih untuk mewakili sekolah kamu dalam
pertandingan syarahan. Tulis sebuah catatan harian untuk lima hari dan hari
terpilih sehingga hari pertandingan.
Rabu 24 September 2016
Semasa waktu rehat, Cikgu Chiam memanggilku ke bilik Bahasa
Melayu. Semasa aku melangkah masuk, aku telah diberitahu aku dipilih untuk
menyertai pertandingan syarahan yang akan diadakan di SJK Apong Jaya. Cikgu Chiam
menghulurkan teks untuk dihafal.
Khamis 25 September 2016
Pada awal pagi di sekolah, aku dipanggil berjumpa dengan
Cikgu Chiam. Aku berjaya menghafal separuh daripada teks syarahan. Cikgu Chiam
telah memujiku kerana berjaya menyampaikan syarahan dengan baik.
Jumaat 26 September 2016
Hari ini aku bangun lewat sedikit. Aku tergesa-gesa ke
sekolah. Nasibku sangat malang hari ini kerana tidak bawa buku ke sekolah. Aku
telah dedenda dan rasa sangat malu. Pada waktu malam, aku telah berjaya menghafal keseluruhan teks.
Sabtu 27 September 2016
Hari pertandingan semakin dekat. Hatiku mula berdebar-debar.
Namun, teringat pesanan cikgu di sekolah. Aku berasa yakin semula.
Isnin 29 September 2016
Tibalah hari yang mengerunkan. Setelah bersiap, aku terus ke
sekolah. Cikgu Chiam telah sedia menunggu. Kami ke tempat pertandingan.
Setelah
pertandingan tamat, keputusan diumumkan. Aku telah dinobatkan sebagai johan dan
akan wakil ke peringkat negeri. Aku berasa sungguh gembira.