Rabu, 9 Mac 2022

Karangan jenis autografi ( Aku sebuah komputer riba)

      Saya dilahirkan di sebuah kilang di Sarawak. Badan saya diperbuat daripada plastik dan besi. Saya diberi nama Medes. Setelah bahagian-bahagian badan saya seperti monitor, kekunci siap dipasang, saya pun dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Kotak itu kemudian dinaikkan ke sebuah lori lalu dibawa menuju ke sebuah kedai di Kuching. 

      Beberapa hari kemudian, saya telah dibeli oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut kemudiannya menghadiahi saya kepada anak lelakinya yang sedang belajar di sebuah kolej. Tuan baharu sangat menyayangi saya. Setiap hari saya digunakan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarahnya.

     Secara tidak langsung, saya dijaga dengan dengan rapi.Jika ada bahgaian badan saya kurang stabil ataupun rosak, tuan saya akan segera membaikinya. Saya berasa gembira kerana tuan saya amat mengambil berat akan saya.

    Kini, lima tahun sudah berlalu. Tuan saya telah pun membeli sebuah lagi komputer riba yang yang canggih. Saya berasa sungguh kecewa kerana khidmat saya sudah tidak diperlukan lagi.

Isnin, 26 Julai 2021

Punca -punca remaja lari dari rumah

         Saban hari, terdapat beberapa punca yang mendorong wujudnya masalah ini, hal ini tentulah membimbangkan ibu bapa. Ibu bapa yang mempunyai anak remaja perlu mengetahui punca tersebut dan haruslah cuba mengelakkannya.

        Salah satu punca punca yang menyebabkan wujudnya masalah tersebut ialah longgarnya hubungan kekeluargaan. Ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk anak-anak. Ini menyebabkan mereka berasa diri mereka tidak dipentingkan. Kesannya, mereka berasa sunyi dan tersisih di dunia sendiri, hal ini akan menjadi lebih teruk lagi khasnya jika ibu bapa sering bertengkar di depan anak.

        Selain itu, golongan remaja selalunya lebih banyak bergaul dengan rakan sebaya berbanding  dengan ibu bapa dan adik-beradik. Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap mereka. Para remaja merasakan lari dari rumah dan tinggal bersendirian lebih bebas dan menyeronokkan kerana tidak lagi diawasi oleh ibu bapa. Ada sesetengah rakan sebaya yang sanggup mencabar rakannya agar melakukan sesuatu, jika tidak dia akan disingkirikan atau tidak diiktiraf sebagai anggota kumpulan mereka.

       Kes terjebak dengan kes jenayah boleh mendorong seseorang itu lari dari rumah, terdapat remaja yang terlibat dalam kegiatan salah laku yang serius kerana malu dan takut diketahui oleh keluarga, mereka meilih melarikan diri. Ini biasanya berlaku kepada gadis remaja. Gadis remaja yang suka berpelesiran mudah tertipu oleh pihak tertentu dengan cara yang tersendiri.

      Satu lagi ialah punca kurangnya didikan agama yang kuat yang boleh menyebabkan seseorang remaja itu tidak bertindak secara waras apabila berdepan dengan masalah. Didikan agama yang kukuh boleh dijadikan sebagai benteng yang kebal untuk menahan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik. Remaja yang kurang didikan agama lebih mudah untuk mengikut perasaan dan kurang kesedaran terhadap peranan dan tanggugjawab mereka kepada ibu bapa dan keluarga.

      Akhir kata, remaja adalah aset yang amat berharga kepada negara dan mereka juga bertanggungjawab untuk meneruskan kesinambungan tradisi budaya bangsa. Anak remaja sendiri perlu lebih bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran dalam diri bukannya terlalu mengikut perasaan sebaliknya perlu banyak memikirkan keadaan dan perasaan ibu bapa.


petikan dipetik dan diubahsuai dari buku fokus pmr

Khamis, 22 Julai 2021

Hak kepenggunaan

             Sebagai pengguna kita kurang mengambil kisah tentang hal kepnggunaan atau konsumerisme. Tahap kesedaran masyarakat kita tentang  ilmu konsumerisme dapat dikatakan masih cetek. Adanya kesedaran atau pun hasil daripada kempen-kempen oleh Persatuan Pengguna. Kita sendiri kurang berusaha untuk mencari dan meningkatkan pengetahuan kita mengenainya.

              Sikap “tak kisah” kita ini memungkinkan pengeluar barangan dan perkhidmatan mengambil sikap “tak apa” tentang kualiti barangan dan perkhidmatan mereka. Justeru agak sering kita menemukan barangan yang sudah melampaui tarikh luput atau kemek-kemek dan sedikit berkarat. Kita kurang juga mempersoalkan kandungan barangan yang kita beli misalnya, adakah pewarna makanan yang digunakan tidak menjejaskankesihatan, adakah lelemak baintang yang digunakan halal penyembelihan dan lain-lain.

          Pelbagai taktik iklan digunakan untuk mempengaruhi pengguna dalam usaha melakukan sesuatu produk. Pembungkusan yang menarik dilakukan untuk menarik perhatian pengguna, padahal kualiti produknya tidak seberapa. Hadiah berupa alat permainan yang lazimnya kurang berkauliti turut disertakan. Risalah-risalah yang disangsikan kesahihan begitu leluasa disebarkan.

         Taktik iklan yang pelbagai ini memang efektif, terutamanya kerana merekalah yang lebih mudah terpengaruh jika dibandingkan dengan golongan dewasa. Dengan kata lain,golongan remaja dan kanak-kanak lebih mudah dimangsai pengeluar. Hal ini adalah golongan ini membeli sesuatu bukan atas keperluan,tetapi atas dasar ikut-ikutan atau untuk menunjuk-nunjuk dan bersaing dengan teman-teman.

         Sebagai pengguna, kita sebenarnya  mempunyai hak untuk membuat pemilihan terhadap barangan dan perkhidmatan yang kita inginkan. Kiat berhak juga mengetahui kualiti dan kandungan barangan yang kita inginkan dan sebaliknya jika pembelian tidak menepati syarat yang ditetapkan.

           Di pasaran, pengguna itulah raja. Namun demikian, kita tidak menyedari hakikat ini kerana ilmu konsumerisme, tidaklah kita terus dipermainkan sewenang-wenang oleh pihak pengeluar yang ‘buta’ akan tanggungjawab sosialnya.

 

Petikan dipetik dan diubahsuai dari buku focus pmr

Selasa, 20 Julai 2021

Faktor-faktor filem asing lebih mendapat sambutan berbanding filem tempatan.


           Sektor perfileman merupakan salah satu daripada factor-faktor yang menyumbangkan kepada ekonomi negara lain selain daripada sektor perindustrian seperti perkilangan,pertanian dan pelancongan. Walaupun sumbangannya tidaklah begitu besar kepada ekonomi negara, namun ia merupakan sesuatu yang amat bernilai dan penting bagi pencinta-pencintaseni perfileman, para karyawan dan peminat-peminat filem. Sekarang ini, sektor perfileman negara kita masih lagi berada di takuk yang lama dan berada pada tahap yang ke bawah. Ini berpunca daripada kemasukan filem-filem asing ke negara ini yang lebih mendapat sambutan berbanding filem-filem tempatan. Antara filem-filem asing yang mendapat sambutan ialah filem-filem Hidustan,Inggeris ,China dan Jepun.

         Selain itu, punca yang menyebabkan filem-filem ing lebih mendapat sambutan berbanding filem tempatan sendiri ialah jalan cerita yang dipaparkan adalah terhad. Filem Jepun atau filem negara asing mempunyai unsur kepada seram yang mana jalan ceritanya boleh mempengaruhi serta memberi kesan mendalam terhadap penonton.

           Punca kedua ialah aset utama sesebuah filem itu juga bergantung kepada pemilihan pelakon-pelakon yang berkaliber, imej segar dan yang paling penting bakat. Ini pendorong utama sesebuah file masing lebih mendapat sambutan berbanding dengan filem-filem tempatan.

           Punca yang seterusnya yang menjadikan filem -fielm asing lebih mendapat sambutan ialah faktor pemilihan lokasi. Kebanyakan pengarah filem- file asing amat menekankan aspek pemilihan lokasi kerana tempat yang strategik dan bersesuaian dengan jalan cerita menjadikan sesebuah filem itu sempurna dan berjaya.

          Walaupun filem-filem asing lebih mendapat sambutan di negara ini,namun ada juga filem-filem tempatan ang mengharumkan persada seni tanah airdi peringkat anatarabangsa. Namun kejayaan yang kecil ini masih lagi belum dapat menandingi filem-filem ing yang sudah sekian alam mencipta nama di persada antarabangsa. Kita sebagai rakyat yang sentiasa bersatu pada seharusnya berganding bahu untuk memberi sokongan kepada industry perfileman dari pelabgai sudut

 

Petikan dipetik dan diubahsuai dari buku focus pmr  

Isnin, 19 Julai 2021

Isu pembuangan bayi

            Isu pembuangan bayi bukan merupakan isu yang asing di negara kita. Malah, masalah pembuangan bayi kian serius dari hari ke hari.

            Faktor utama berlakunya masalah ini ialah remaja mas kini semakin luntur nilai moral mereka Dalam usia yang muda, remaja cenderung bergaul bebas dan melakukan hubungan seks. Setelah melahirkan anak, mereka berasa takut lalu membuang bayi mereka.

          Selain itu, kelalaian ibu bapa turut menyebabkan masalah ini berlaku. Ibu bapa pada masa kini sibuk dengan pekerjaan masing-masing dan mengabaikan anak-anak mereka.Mereka hanya memberikan kemewahan  dan tidak memberikan kasih-sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. Justeru, anak-anak mempunyai teman lelaki dalam usia yang muda dan mudah melakukan perbuatan maksiat.

          Bagi mengatasi masalah ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting. Mereka harus mengambil berat terhadap anak-anak mereka agar mereka tidak terpengaruh dengan unsur negatif. Justeru, anak-anak tidak akan tersilap langkah dan melakukan perbuatan maksiat yang akan menjejaskan maruah keluarga.

         Akhir kata,anak merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Perbuatan membuang bayi merupakan yang tidak berperikmanusiaan dan harus dihalang.


Petikan dipetik dari penerbitan minda sdn bhd 

Ahad, 18 Julai 2021

Format : Dialog/ Temu ramah

Karangan : Dialog

Format dialog/ temu ramah


Siti: Selamat pagi, Saudara Raja. Saya Siti, Ketua Pengarang majalah Kosmo. Saya ingin menemu ramah 

        saudara untuk dimuatkan dalam majalah Kosmo bulan depan.

Raja: Selamat pagi, silakan

Siti: Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan saudara memenangi pingat emas 

        dalam kejohanan mencipta formula baharu dalam robotik pada baru-baru ini.

Raja: Terima Kasih.

Siti: Sejak bilakah saudara mula menceburkan diri dalam aktiviti ini?

Raja: Saya mula menyertai aktiviti ini sejak mula 9 tahun, ketika itu, masih di sekolah rendah.

Siti: Berapakah latihan atau cubaan saudara telah buat pada ketika ini?

Raja: Saya mula cuba menghasilkan pada umur 10 tahun, ketika itu, saya juga sentiasa melayari internet 

        untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang aktiviti ini.

Siti: Bolehkan saudara jelaskan berapa kejayaan yang telah peroleh setakat ini?

Raja: Saya mula mendapat anugerah pada umur 11 tahun dalam peringkat daerah, peringkat bahagian,     

         pada umur 12 ke atas, saya telah berjaya mendapat anugerah di peringkat kebangsaan. Saya harap 

       tahun saya berpeluang bertanding lagi di peringkat antarabangsa.

Siti: Akhir sekali, apakah cita-cita saudara?

Raja: Saya bercita-cita untuk menubuhkan peluang kerjaya ini di masa hadapan, sebagai sebuah syarikat 

         yang berpotensi dalam bidang teknologi tinggi.

Siti: Terima kasih kerana saudara sudi meluangkan masa untuk ditemu ramah.

Raja: sama-sama.


Jumaat, 27 November 2020

Ibuku

 Ibu,

Setiap detik nafasmu,

Adalah suatu pengorbanan,

Berusaha dengan kepayahan,

Tidak mengira siang atau malam,

Membaiki taraf kehidupan,

Demi membela nasib keluarga.

Ibu,

Demi anak-anak tersayang,

Kau rela berhempas pulas,

Disebabkan kelaparan,

Atau tertinggal dalam pelajaran.

Ibu,

Keyakinanmu amat kuat,

Untuk mengubah nasib,

Pada suatu hari nanti,

Dari mendung kepada cerah,

Dalam membesarkan anak-anak,

Agar berjaya ke Menara Gading,

Menjadi insan mulia,

Dihormati masyarakat,

Terima kasih wahai ibu

Isnin, 23 November 2020

Menabung Menjamin Masa Depan

       Wang atau duit digunakan untuk membeli serta mendapatkan makanan, minuman, barang-barang keperluan harian dan banyak lagi. Menyimpan wang atau menabung satu amalan yang baik demi menjamin masa depan yang lebih cerah.

      Terdapat pelbagai cara yang boleh menggalakkan kita menabung. Antaranya ialah membawa bekal ke sekolah, mengadakan pertandingan menyimpan wang, membeli tabung simpanan yang tidak boleh dibuka supaya kita tidak boleh mengeluarkan wang sehingglah tabung itu penuh. Mintalah ibu bapa menyimpan wang ke dalam bank apabila tabung sudah penuh.


      Amalan menabung melatih kita supaya kita tidak menghabiskan semua wang saku dalam satu masa. Kita harus berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan sahaja.

     Jika kita menabung wang setiap hari,apabila dewasa dan memerlukan wang untuk menampung pelajaran, kita tidak perlu membebankan  ibu bapa lagi. Kita  juga boleh membeli sesuatu  yang dihajati dengan wang simpanan sendiri. Contohnya membeli buku rujukan, peralatan sekolah dan basikal.

     Jadi, pupuklah sikap menabung sejak di sekolah rendah lagi. Bak kata pepatah,' sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit'.

Isnin, 13 Januari 2020

Format Karangan- Catatan


Kamu telah dipilih untuk mewakili sekolah kamu dalam pertandingan syarahan. Tulis sebuah catatan harian untuk lima hari dan hari terpilih sehingga hari pertandingan.




Rabu 24 September 2016
Semasa waktu rehat, Cikgu Chiam memanggilku ke bilik Bahasa Melayu. Semasa aku melangkah masuk, aku telah diberitahu aku dipilih untuk menyertai pertandingan syarahan yang akan diadakan di SJK Apong Jaya. Cikgu Chiam menghulurkan teks untuk dihafal.

Khamis 25 September 2016
Pada awal pagi di sekolah, aku dipanggil berjumpa dengan Cikgu Chiam. Aku berjaya menghafal separuh daripada teks syarahan. Cikgu Chiam telah memujiku kerana berjaya menyampaikan syarahan dengan baik.

Jumaat 26 September 2016
Hari ini aku bangun lewat sedikit. Aku tergesa-gesa ke sekolah. Nasibku sangat malang hari ini kerana tidak bawa buku ke sekolah. Aku telah dedenda dan rasa sangat malu. Pada waktu malam, aku telah berjaya  menghafal keseluruhan teks.

Sabtu 27 September 2016
Hari pertandingan semakin dekat. Hatiku mula berdebar-debar. Namun, teringat pesanan cikgu di sekolah. Aku berasa yakin semula.

Isnin 29 September 2016
Tibalah hari yang mengerunkan. Setelah bersiap, aku terus ke sekolah. Cikgu Chiam telah sedia menunggu. Kami ke tempat pertandingan.
     Setelah pertandingan tamat, keputusan diumumkan. Aku telah dinobatkan sebagai johan dan akan wakil ke peringkat negeri. Aku berasa sungguh  gembira.

Selasa, 7 Januari 2020

Akibat Tidak Mendengar Nasihat


Tik…tok…tik…tok…, jam dinding di ruang tamu menunjukkan pukul 8:30 pagi. Aku bersarapan mi goreng dan secawan milo. Aku membantu ibu membuat kerja pembersihan rumah pada pagi itu.
      Semasa membuat pembersihan, terdengar orang memanggil namaku. Aku segera membuka pintu rumahku. Rupa-rupanya Ali dan Hassan yang datang. Mereka mengajak aku pergi  menangkap ikan di sungai di belakang rumah. Aku melarang  mereka menangkap ikan di sungai itu kerana terdapat banyak ular berdekatan. Tetapi mereka tidak mendengar nasihatku.

      Selepas itu, mereka terus berlalu dari rumahku menuju ke kawasan sungai. Dalam fikiran aku terbayang kegirangan menangkap ikan besar serta udang yang banyak.
      Tanpa membuang masa, aku menyelesaikan kerja sekolah. Aku juga menyiapkan kerja rumah seperti menyidai baju dan melipat baju yang telah kering.
       Tiba-tiba, aku terdengar percakapan orang dewasa yang melalui rumahku. Suara tersebut adalah Pak Mat, iaitu Ketua Kampung kami. Ak uterus berlari ke kawasan sungai itu. Aku melihat Ali memapah Hassan. Muka Hassan sangat pucat dan tidak bermaya, kesakitan akibat digigit ular.
       Pak Mat menghantar Hassan ke hospital dengan segera. Menurut perbualan dengan Pak Mat pada keesokkan hari, Hassan telah insaf akan kesalahan diri dan berjanji tidak akan melakukan lagi. Itu akibatnya tidak mendengar nasihat.

Sabtu, 4 Januari 2020

Kemahiran Menggunakan Komputer


             

         Pada masa kini, kemahiran dalam penggunaan komputer semakin diperlukan untuk menghadapi kemajuan negara. Murid-murid haruslah didedahkan kepada dunia komputer sejak kecil lagi.

         Apabila mahir menggunakan komputer, murid-murid dapat melakukan tugasan dengan tepat dan mudah. Sebagai contoh, banyak tugasan seperti menaip, melukis grafik dan penyediaan laporan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Mereka dapat menjimatkan masa pembelajaran sama ada di rumah mahupun di sekolah.
       Selain itu, murid-murid yang mahir dalam penggunaan komputer  akan dapat melayari internet untuk memperolehi bahan-bahan rujukan bagi menyelesaikan tugasan pelajaran yang diberikan oleh guru. Rujukan itu dapat digunakan dalam pembelajaran di kelas dan secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi akademik  mereka.
        Di samping itu, komputer yang mempunyai talian internet juga boleh digunakan sebagai alat komunikasi. Seseorang tu dapat berhubung dan menukar maklumat dengan rakan-rakan walaupun mereka berjauhan.
       Komputer juga boleh diprogramkan untuk mempelajar pelbagai bahasa. Murid-murid boleh mendapatkan maklumat tentang makna perkataan dan penggunaan ayat dengan lebih cepat. Oleh itu, penulisan karangan murid akan menjadi mantap dengan penggunaan kosa kata yang meluas.
        Kesimpulannya, penggunaan komputer amat penting kerana dapat membentuk menusia menggunakan maklumat secara tepat dan mudah. Mereka perlu menjadi generasi yang celik komputer.

Jumaat, 13 Disember 2019

Faedah -faedah Belajar secara Berkumpulan


            Terima kasih Tuan Pengerusi Maljis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, para guru dan rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Hari ini, saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk “Faedah -faedah Belajar secara Berkumpulan”.
         Semasa kita belajar secara berkumpulan. Kita dapat memperoleh maklumat yang lebih banyak. Hal ini disebabkan rakan-rakan dalam kita boleh membaca buku rujukan yang berlainan pada masa yang sama. Dengan secara tidak langsung, semua maklumat tersebut dapat dikongsi dan difahami dengan lebih mendalam melalui perbincangan.
Hadirin yang dimuliakan,
        Bukan setakat itu saja, belajar secara berkumpulan memudahkan kita memahami tajuk secara mendalam lagi. Rakan kita akan memberi penerangan apabila kita kurang memahami tajuk. Kesannya, prestasi pelajaran akan meningkat dan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti
        Belajar secara berkumpulan juga dapat mengelakan kebosanan. Perbincangan antara kumpulan akan menjadikan kita lebih semangat untuk belajar kerana suasana tidak kaku dan berani memberi pandangan sendiri. Kesannya, kita belajar bagaimana mendapat keyakinan diri semasa berdepan dengan orang lain?
Hadirin yang dikasihi,
        Belajar secara berkumpulan boleh meningkat semangat untuk bersaing. Sebagai contohnya, kita akan cuba mengikut jejak rakan kita yang telah mempunyai keputusan yang cemerlang. Kesannya, seluruh ahli akan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan jika telah berjaya mengikutnya.
        Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan merupakan teknik pembelajaran yang berfaedah dan sihat. Demikianlah saja syarahan saya pada pagi ini. Sekian, terima kasih.
                                                                                                                                                                                                                              

Khamis, 21 November 2019

Kamu ada permainan tradisional yang paling kamu gemari.

      Pada zaman dahulu, permainan tradisional amat terkenal di kalangan masyarakat Melayu. Begitu dengan saya, permainan tradisional yang saya sukai ialah membuat layang-layang.
     Layang-layang itu saya buat sendiri. Saya belajar membuat layang-layang daripada kawan-kawan dan jiran-jiran bersebelahan rumah saya. Hanya dengan cara itu saya dapat menjimatkan duit.
      Saya perlu menyediakan beberapa bahan seperti beberapa batang bilah buluh, kertas nipis kalis air dan benang kasar. Selain itu, peralatan lain yang saya perlukan ialah pisau,gam dan gunting.
      Sebelum membuat layang-layang, saya mengikat hujung bilah buluh supaya membentuk segi empat. Kemudian, saya akan menyediakan kertas nipis kalis air pada permukaan segi empat layang-layang tadi. Kemudian saya menggunakan tali untuk mengikat setiap penjuru layng-layang, saya juga menlukis gambar pada pewarna kertas dengan pewarna supaya dapat mencantikkan layang-layang saya.
      Apabila layang-layang saya telah siap. Saya pun bermain layang-layang di padang  depan rumah saya. Layang-layang  sesuai dimainkan pada waktu  berangin. Saya sering bermain dengan rakan-rakan pada waktu –waktu sengggang.
     Kesimpulanya, permainan layang-layang sungguh menghiburkan saya, saya akan berasa puas hati apabila layang-layang tersebut naik tinggi di langit dan berterbangan bebas.

Ahad, 17 November 2019

Saya sebuah komputer riba


           Saya sebuah komputer riba bernama Axer. Badan saya diperbuat daripada  aluminium, kaca, besi dan plastik. Saya dibina dengan menggunakan teknologi Jepun tetapi dipasang di Penang. Setelah siap dipasang, saya telah diuji oleh pakar-pakar sebelum dibungkus dan dihantar ke tempat lain.
           Setelah dibungkus, sebuah van telah membawa saya dan rakan-rakan yang lain ke sebuah kedai komputer di Selangor. Apabila sampai di kedai komputer, saya disimpan dan dipamer di atas meja, di sana ada banyak rakan saya yang lain.
          Suatu hari, saya dikeluarkan daripada meja pameran dan ditunjukkan kepada seorang lelaki. Lelaki itu terterik oleh reka bentuk dan ciri-ciri saya. Setelah diuji terperinci, lelaki itu telah setuju membeli saya.
        Setiap hari, saya dibawa ke mana-mana saja oleh tuan saya. Saya digunakan untuk menulis nota, melayari internet dan menyimpan data. Saya berasa bangga kerana sering dipuji oleh rakan-rakannya.
       Akan tetapi, sepanjang saya bersamanya, kadang-kadang saya sakit dan tuan tidak membuat apa-apa dengan saya. Tuan saya terus menghantar saya ke kedai komputer untuk dibaiki.
        Kini, tuan saya telah menjadi peniaga yang berjaya. Tuan saya bekerja di syarikat persendirian yang mempunyai ratusan pekerja-pekerja. Walaubagaimanapun, saya jarang digunakan tetapi saya tetap bangga kerana pernah berkhidmat dengannya.

Rabu, 13 November 2019

Setiap murid digalakkan mempunyai kamus


       Kamus ialah sebuah buku yang mengandungi kata-kata yang disusun  dengan keterangan ayat. Murid digalakkan mempunyai kamus yang lengkap erti penuh dengan maklumat kerana kamus banyak memberikan faedah.
      Pada masa kini, kamus dapat diperoleh dalam pelbagai variasi eletronik yag mudah dibawa dan digunakan. Kini, terdapat banyak apps boleh dimuat turun melalui telefon bimbit masing-masing di mana-manu jua. Inii  sedikit sebanyak dapat membantu murid belajar dengan lebih berkesan di pelusuk dunia.
       Sebagai seorang murid, kamus seharusnya dijadikan teman sejati. Kamus berperanan penting untuk membantu murdi berusaha memperkaya kosa kata dan tatabahasa. Hal ini memudahkan pemahaman murid mengenali sesuatu kata yang sukar difahami.
       Selain itu, kamus juga dapat membantu murid mengetahui golongan kata-kata dengan mudah. Kamus juga mempunyai maklumat tersirat dan tersurat mengenai asal- usul kata khususnya bahasa pinjaman yang diguna secara meluas dalam bahasa melayu.
       Kini, banyak kamus yang meliputi pelbagai bidang seperti istilah sains,teknologi maklumat, sejarah, geogarfi dan sebagainya. Kamus inilah dapat memenuhi keperluan dalam pembelajaran. Justeru, kamus dapat memenuhi keperluan untuk mengetahui ejaan sebutan secara lebih tepat.
      Kesimpulanannya, kamus sangat penting kepada semua murid. Penggunaan kamus secara meluas akan memberi kesan mendalam dengan memudahkan murid meneroka pelbagai bidang ilmu di sekolah

Selasa, 12 November 2019

Tulis karangan tentang seorang tokoh negara yang kamu kagumi.


Tulis karangan tentang seorang tokoh negara yang kamu kagumi.
   
         Setiap orang Malaysia mempunyai tokoh negara yang dikagumi, begitu juga dengan saya. Tokoh yang saya kagumi ialah Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 di sebuah rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
          Semasa kecil, Beliau mendapat Pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak. Beliau telah mendapat pendidikan akhir di bidang perubatan di Universiti Malaya pada tahun 1953. Selepas itu, beliau bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar, Alor Setar.
         Beliau sangat gemar membaca dan menulis buku. Semasa dalam bidang perubatan. Beliau telah menggunakan nama pena C.H.DET. Buku yang terkenal ialah Dilema Melayu telah dihasilkan oleh beliau pada tahun 1970.
          Pada tahun 1964, beliau sangat aktif dalam bidang politik. Beliau telah mendapat kepercayaan pemimpin untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan. Beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri keempat pada 16 Julai 1981 untuk menggantikkan Tun Hussein Onn.
         Setelah 22 tahun berkhidmat , jawatan beliau telah diambil alih oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Untuk mengenang jasa-jasanya. Beliau telah digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Rakyat sangat menghargai beliau kerana berjaya menjadi Malaysia sebagai negara pesat berkembang.
          Selepas bersara, Beliau menghabiskan masa dengan membaca, menulis dan memberikan ceramah.

Jumaat, 8 November 2019

Berita


KAJANG, Sabtu – Keseronokan seorang remaja mandi-manda bersama rakan-rakannya musnah apabila dia hampir mati lemas di Air Terjun Sungai Tekala, dekat sini, hari ini.
       Dalam kejadian kira-kira pukul dua petang itu, remaja berumur 14 tahun itu dikatakan mandi di kawasan yang dilarang oleh pihak pengurusan.
       Jurucakap polis berkata, mangsa yang tinggal di Bangi itu pergi ke Kawasan perkelahan itu bersama  beberapa orang rakannya untuk mandi-manda kira-kira pukul satu petang.
       “Beberapa minit kemudian, tiba-tiba  tangan mangsa dilihat terkapai-kapai di permukaan air dan rakan mangsa cemas melihat keadaan itu.”
        “ Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berturut berada di Kawasan itu,” katanya lagi. Mangsa kemudia dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan lanjut selepas diberi rawatan kecemasan oleh orang awam.
          Pihak polis turut menasihati orang awam yang ingin mandi-manda atau berkelah di kawasan  tersebut supaya menjaga keselamatan diri dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.


Petikan dipetik daripada gemilang publishing untuk tujuan pembelajaran

Khamis, 7 November 2019

Surat Tidak Rasmi- ucap tahniah


Sahabat kamu menjuarai pertandingan syarahn peringkat kebangsaan. Tulis sepucuk surat untuk mengucapkan tahniah kepadanya. Tulis surat kamu itu selengkapnya.

                                                                                                                Clement Chong
                                                                                                                 No 13, Jalan Wangsa 4,
                                                                                                                Taman Wangsa
                                                                                                                11930 Bayan Lepas,
                                                                                                                 Pulau Pinang

                                                                                                                12 Jun 2019


             Menemui sahabatku, Simon yang berada di Kuantan, Pahang, semoga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

 Saudari,
             Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan saudara dalam pertandingan syarahn peringkat kebangsaan baru-baru ini. Saya terbaca berita kejayaan saudari dalam akhbar Berita Harian. Saudara memang layak memenangi pertandingan itu kerana saudara ada bakat dalam bidang syarahan.
            Selain itu, saya juga menonton rakaman pertandingan syarahan itu yang disiarkan di internet. Saya sungguh kagum akan kefasihan dan keyakinan diri saudara menyampaikan syarahan. Saya juga tidak melihat wajah saudara gusar ketika menyampaikan hujah.
           Memandangkan  saudara  baharu sahaja memenangi pertandingan syarahan, saya ingin meinta tip untuk menyampaikan syarahan dengan bersahaja tanpa rasa gugp dan takut. Hal ini disebabkan , saya akan mewakili kelas dalam pertandingan syarahan di sekolah saya. Saya tidak mempunyai pengalaman dalam pertandingan syarahan.
           Saya amat mengharap saudara dapat membalas surat dengan secepat mungkin.

 sekian .

                                                                                                                            Yang Benar,
                                                                                                                              Mei Mei


Petikan dipetik dan diubahsuaikan daripada pep untuk tujuam pembelajaran.

Rabu, 6 November 2019

Catatan : melawat ke kampung


7.00pagi
             Kami memulakan perjalanan ke kampung. Semasa dalam perjalanan, kami melihat pemandangan indah. Kami berasa gembira dan kagum akan keunikan di daerah kecil ini.

8.10 pagi
           Kami telah sampai di Kampung Perikanan. Terdapat pelbagai jenis ikan-ikan masin yang sedang dijemur di bawah matahari. Kami sempat menyaksikan kepulangan kapal ikan yang penuh dengan muatan tangkapan.

11.00 pagi
           Kami melawat ke Pantai Ikan Duyung. Pantai ini terkenal dengan pemandangan yang cantik. Kami terpegun kerana pasirnya halus dan bersinar. Di sini juga disediakan kemudahan seperti calet dan gerai-gerai  makanan untuk para pelancong seperti kami. Kami juga melihat orang awan bermandi manda di pantai ini.

1230 tengah hari
         Kami singgah di pusat Air Hitam yang penuh dengan penjualan barangay kraf tangan. Kami berpeluang melihat proses menghasilkan pasu bunga yang jarang terdapat di tempat kami.

1.30 petang
        Kami ke Pasar Besar Air Hitam. Kami terkejut melihat penjualan makanan enak oleh pengerai. Pelbagai makanan sedap telah dijual di sini. Antaranya termasuk mee jawa, laksa, nasi goreng dan kuih-muih. Harga pula murah jika dibandingkan dengan tempat lain.

2.00 petang
        Selepas makan tengah hari, kami bertolak pulang. Kami berasa gembira dengan kunjungan ini. Pelbagai kenangan manis kami perolah semasa ke kampung yang unik ini.

Selasa, 5 November 2019

Peristiwa yang tidak dapat aku lupakan


           Setiap orang mempunyai peristiwa pahit yang tidak dapat dilupakan. Begitu juga dengan diriku. Aku masih ingat peristiwa ketika menaiki bas pulang ke kampuang pada tahun lalu. Bas ekspres dua tingkat yang aku naiki itu bergerak laju. Apabila bas ekspres itu memasuki Terowong Menora,aku berasa tidak sedap hati.
          Sebak-baik sahaja bas itu keluar dari Terowong Menora,  tiba-tiba  bas tersebut hilang kawalan. Penumpang di dalam bas menjerit ketakutan. Dengan sekelip mata,bas melanggar pembahagi jalan lalu terjunam ke dalam  gaung.
           Aku memegang kerusi dengan kuat. Aku berharap  agar kami semua selamat. Akhirnya, bas terhenti apabila  melanggar  sebatang pokok besar.
          Aku bersyukur kerana bantuan segera tiba. Pasukan penyelamat berusaha menyelamatkan mangsa yang berada di dalam bas. Selepas itu, penumpang yang cedera dibawa ke hospital.
         Penumpang yang lain meneruskan perjalanan ke utara dengan bas gentian. Aku bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu. Itulah peristiwa yang tidak dapat aku lupakan dalam hidup aku.



Petikan ini dipetik daripada pep untuk tujuan pembelajaran.